Wednesday, December 28, 2011

Minggu ke-14

Assalamualaikum wbt

Pada minngu adalah merupakan minggu terakhir pembelajaran kursus bagi komputer dalam pendidikan, Ini bermakna berakhirlah sesi pembelajaran pada tahun 2011 tetapi tidak bermakna berakhir untuk kami mendalami apa yang telah kami pelajari sepanjang pengajian ini. Tugasan terakhir untuk semester ini adalah mengenai "database" @ pengkalan data @ sistem maklumat pelajar. Langkah untuk menghasilkan database adalah seperti berikut:

Langkah-langkah

1) Menggunakan openoffice database (boleh juga menggunakan microsoft access)
2) buka openoffice database


3) Pilih database -> tanda kan pada create a new database
4) save and proceed -> finish -> save new database



5) Pilih table -> create table in design view (untuk memasukkan maklumat yang dikehendaki)
- Masukkan folder mengenai pelajar, keluarga, kurikulum dan kokorikulum
- Pastikan setiap item tersebut mempunyai primay key untuk dijadikan relationship
- no matrix dijadikan primay key



- Langkah seterusnya menjadikan relationship antara 4 table yang telah dibina tadi
- Klik pada item tools -> relationship
- pindahkan data mengikut turutan
- hubungkan setiap primay key yang telah di setkan tadi dalam table dengan garisan



6) Setelah item tersebut dijadikan relationship,kami perlu membuat form kepada item pelajar,keluarga,kurikulum dan kokorikulum
- Tujuan membina form adalah untuk mengisi segala maklumat mengikut item tadi
- Klik use wizard to create form -> arrage control untuk memilih form
-Apply style untuk pilih warna yang disukai


Hasilnya


7) Seterusnya perlu mengisi maklumat pada queries
- Klik pada 'use wizard to create query
- Pindahkan segala data yang telah dibina
- Klik pada kotak 'finish'
- Ulang langkah ini untuk item yang seterusnya


8) Langkah terakhir adalah membina report
- Klik 'use wizard to create report
- Pindahkan data yang terdapat dalam query sepert item pelajar, keluarga, kokorikulum dan kurikulum
- Klik 'choose loyaut' untuk memilih latar belakang report
- Klik 'finish'

contoh



Hasilnya adalah seperti :

Tuesday, December 27, 2011

Minggu ke-13

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Minggu ini merupakan minggu ke-2 sebelum berakhirnya sesi pembelajaran untuk semestar pertama bagi tahun 2011/2012. Tugasan yang diberikan semakin mencabar. Pada minggu ini, tugasan kami ialah mengenai 'spreadsheet'. Melalui pembelajaran mengenai spreadsheet ini, dua tugasan perlu disiapkan iaitu :
+ Belanjawan peribadi 2012
+ Pengiraan markah pelajar

Langkah untuk membuat belajawan adalah seperti berikut

1) Menggunakan open office.org calc

2) Masukkan item seperti tarikh, makanan, pakaian, pengangkutan, komunikasi, akademik, kesihatan, jumlah belanja, baki bulan lepas, elaun, jumlah masuk dan baki



3) Masukkan tarikh bulan belanjawan di kolum sebelah kiri (dilakukan sehingga ke akhir tahun-12 bulan. Rename setiap sheet kepada setiap bulan

4) Masukkan segala nilai belanjawan dalam kotak mengikut item masing-masing



5) Formula setiap pengiraan bagi jumlah belanja, baki bulan lepas, elaun, jumlah masuk dan baki perlu dimasukkan
Contoh formula adalah seperti:


6) Pengiraan belanjawan untuk bulan seterusnya hanya perlu copy dan paste dari bulan sebelumnya dan mengedit sedikit nilai belanjawan tersebut. Hal ini dapat menyenangkan kami menyelesaikan tugasan.


Pengiraan Markah Pelajar
Pengiraan markah pelajar amat penting kepada semua guru untuk merekodkan maklumat akademik pelajar.

Langkah untuk pengiraan markah pelajar:

1) Menggunakan microsoft excel
2) Masukkan nama pelajar dan mata pelajaran
3) Masukkan markah pelajar bagi setiap mata pelajaran



4) Untuk masukkan gred pelajar
+ Formula -> define name markah + gred pelajar


+ Masukkan formula =fxvlookup



5) Pengiraan Matapelajaran

+ Purata -> =AVERAGE-> tarik kolum markah sampai akhir dan klik 'enter'
+ sisipan piawaian -> =STDEV -> tarik kolum markah sampai akhir dan klik 'enter'
+ Markah minimun -> =MIN -> tarik kolum markah sampai akhir dan klik 'enter'
+ Markah maximun -> =MAX -> tarik kolum markah sampai akhir dan klik 'enter'

Contoh gambar




6) Pengiraan Gred untuk setiap matapelajarn

+ Masukkan gred dan matapelajaran
+ Klik '=countif' pada kotak matapelajatan yang perlu dimasukkan gred
+ Tarik kolum gred pelajar dari atas hinnga bawah mengikut setiap subjek
+ Masukkan ',' pada formula
+ klik pada kotak gred
+ tekan enter

contoh gambar Gred



7) Langkah untuk menghasilkan graf gred pelajar
+ Highlight keseluruhan jadual gred pelajar
+ Klik insert -> column -> pilih design




Contoh graf yang dihasilkan

Saturday, December 24, 2011

Minggu ke-11 dan ke-12

Assalamualaikum wbt

Tugasan pada minggu ini adalah berkaitan dengan creative effective multimedia production. Melalui tugasan ini, saya dan pasangan kerja Munirah Binti Sobri dikehendaki menyiapkan tugasan 7a dan 7b
Tugasan 7a -> online presentation ( google presentation )
7b -> Impress (audacity, animation,dan sound)

Tugasan 7a (online presentation)

Langkah-langkah membuat presentation melalui google doc

+ sign up google account
+ Klik pada document
+ Klik pada Create -> presentation
+ Mula membuat power point melalui google presentation

Gambar 1



Kandungan yang terdapat dalam presentation google doc merujuk hasil daripada tugasan minggu ke-5 dan ke-6. Antara hasil slide yang dapat dihasilkan adalah seperti berikut :

Gambar 1



Gambar 2



Gambar 3



Setelah siap membuat power point ini, tugas kami adalah perlu berkongsi kepada rakan-rakan lain melalui google account. Untuk melihat secara penuh, sila layari laman web:
http://docs.google.com?present/view?id=dfnvjh79_3fcbcgncj&revision=_latest&start=0theme=bubbles&cwj=true

Tugasan 7b (impress)

Langkah-langkah membuat power point menggunakan Impress ialah:

+ Menggunakan program open office.org
+ Pilih open office.org Impress
+ Klik 'next' pada wall impress


+ Pilih 'slide'
+ Tekan 'create'



Tugasan melakukan power point menggunakan open office.org impress dilakukan seperti biasa. Dalam open office.org impress, kami dikehendaki memasukkan animasi dan audacity. Hal ini dilakukan untuk membuatkan presention yang dihasilkan lebih menarik. Segala animation dan audacity perlulah di downloud terlebih dahulu ke dalam komputer untuk memudahkan kerja penghasilan ini. Walaubagaimanapun, program GIMP digunakan untuk membantu tugasan ini.

Berikut merupakan sedikit hasil presentation dari open office.org impress:

Gambar 1



Gambar 2



Gambar 3

/>

Presentation impress yang telah disiapkan kami memasukkan ke dalam yahoo group dan google doc untuk perkongsian maklumat kepada rakan-rakan yang lain.

Wednesday, November 30, 2011

Minggu 9 dan 10

Assalamualiakum wbt

Agak lama rasanya tidak mengupdate blog ini,tetapi ini bukan bermakna saya tidak menyiapkan tugasan cuma tidak mempunyai ruang untuk menulis blog. Walaubagaimanapun, setiap assigment yang diterima berjaya disiapkan.
Pada minggu ke-9 dan ke-10 ini, tugasan yang diterima adalah berkaitan MULTIMEDIA IN EDUCATION. Melalui tugasan ini, saya perlu menerokai apakah itu BITMAP dan VEKTOR. Selain itu, saya juga dikehendaki menyiapkan satu brochures dan satu booklet hasil dari pembelajaran mengenai BITMAP dan VEKTOR
Ok..Berdasarkan kepada penerokaan berkaitan tajuk multimedia in education ini, saya dapati terdapat perbezaan antara BITMAP dengan VEKTOR


BITMAP
-Bitmap ialah kumpulan bit yang membentuk sebuah gambar
-Gambar hasil bitmap memiliki kandungan satuan-satuan titik dan mempunyai warna masing-masing
-Bitmap merupakan hasil scan gambar melalui komputer
-Semakin banyak jumlah pixel @ objek grafik yang tersusun @ satuan-satuan titik semakin halus dan realistik gambar yang dapat dihasilkan
-Bitmap dapat memuatkan informasi dengan pelbagai warna
-Memiliki resolusi yang tetap dan tidak boleh diperbesarkan
-Memiliki imej yang lebih besar
-Sekiranya gambar melalui program bitmap diperbesarkan, gambar tersebut akan menjadi pecah sehingga menjejaskan gambar yang dihasilkan.
-Merujuk kepada namanya BIT merupakan unit terkecil dari informasi komputer

Jenis gambar BITMAP
1) Line-art
=> Terdiri daripada 2 warna iaitu hitam dan putih
=> komputer mengunakan 1 bit
=> hitam digunakan untuk membentuk gambar, putih adalah untuk latar
=> pengunaan warna adalah untuk membezakan pixel masing-masing

2) Grayscale Images
=> Terdiri daripada pelbagai warna abu-abu untuk menghasilkan warna hitam
dan warna putih

3) Multitones
=> Mempunyai 2 warna atau lebih
=> Digunakan untuk duotones

4) Full colour images
=> Gambar yang memiliki warna yang lebih realistik
=> Informasi warna dijelaskan dengan standard warna seperti RGB, CMYK @ Lab

Aplikasi Data/gambar Bitmap

1) BMP
+ Format file yang terbatas
+ Tidak sesuai untuk pencetakan

2) EPS
+ Format file yang fleksibel
+ Dapat mengisi gambar Bitmap dan Vektor

3) PICT
+ Format file yang dapat mengisi gambar Bitmap dan Vektor
+ Hanya digunakan oleh komputer Macintosh
+ tidak sesuai untuk pencetakan

4) TIFF
+ Format file yang palling popular
+ Sesuai untuk pencetakan

5) JPEG (Joint Photographic Expects Group )
+ Digunakan untuk grafik @ gambar di Internet
+ Memiliki tingkat ketajaman resolusi
+ Gambar yang dapat mempengaruhi bobot file
+ Format file yang disokong oleh World Wide Web (WWW)

6) GIF
+ Digunakan untuk grafik-grafik di internet
+ Merupakan data jenis 2D
+ Terdapat 2 versi iaitu 87A dan 89A
+ Disokong oleh World Wide Web (WWW)


VEKTOR

-Sekumpulan objek yang membentuk garis @ bentuk tertentu
-Menggunakan definisi matematik
-Boleh diisi warna dan memiliki resolusi bebas
-Boleh diperbesarkan dan tidak akan hilang ketajaman resolusi
-Tersimpan dalam bentuk data geometri yang terdiri daripada sejumlah titik dan garis @ kurva yang menghubungan
-Sangat veleksibel
-Dapat dimanipulasikan dengan mudah
-Satu metode yang dapat menciptakan hasil yang terbaik
-Memiliki bobot file yang lebih kecil berbanding gambar bitmap
-Hanya diisi data mengenai bezier curves yang membentuk gambar
-File EPS sering digunakan
-Dimensi gambar vektor dapat diubah tanpa mengurangi kualiti gambar
-Digunakan untuk membuat logo, peta, @ objek-objek yang membolehkan perubahan skala


Jenis-jenis data vektor

1) dwg (AutoCAD)
2) dxf (powerSHAPE & AutoCAD)
3) ai (Adobe Illustrator)
4) fh (Macromedia Freehand)
5) cdv (covelDraw)
6) wmf (Windows Meta File)
7) eps (Encapsulated PostScript)
8) cgm (computer Grafik Metafile

Aplikasi Data/gambar vektor

1) EPS
+ Format file yang paling popular untuk menyimpan gambar
+ Turut digunakan dalam data bitmap

2) PDF
+ Format file yang pernah serbaguna
+ Dapat mengisi semua jenis data termasuk halaman yang lengkap

3) PICT
+ Turut digunakan oleh data bitmap
+ Hanya dapat digunakan oleh komputer Macintosh

Selepas selesai menerokai data bitmap dan data vektor ini, tugasan seterusnya adalah untuk menghasilkan brochures dan booklet. Langkah untuk menghasilkan brochures dan booklet adalah seperti :

BROCHURES

* Menggunakan microsoft office publisher
* Klik pada popular publication types
* Pilih brochures
* Pilih designs yang terdapat dalam program microsoft office publisher
* Berikut merupakan gambar langkah untuk menghasilkan brochures



Setelah memilih design brochures yang terdapat dalam design brochures, saya perlu mengedit semula design tersebut dengan cita rasa saya dan pasangan kerja iaitu Munirah Binti Sobri. Dalam brochures tersebut, kami dikehendaki memasukkan maklumat berkaitan tajuk tugasan awal kami iaitu WEB 2.0 DALAM PENDIDIKAN untuk menyiapkan brochures ini. Kami mendapat idea dan kata sepakat untuk menjadikan brochures kami seperti pemplete jemputan ke seminar mengenai pendedahan web 2.0 dalam pendidikan.
Segala kandungan yang terdapat didalam brochures ini diperolehi daripada tugasan pertama kumpulan kami iaitu mengenai Learning Management System (LMS)sebagai rujukan untuk mendapatkan idea- idea yang terkandung dalam brochures. Melalui penerokaan tentang tajuk BITMAP dan VEKTOR, segala pengeditan dalam menghasilkan brochures menjadi sedikit mudah. Setelah berbincang dengan pasangan kerja, kami telah mengcorakkan brochures kami dengan isi kandungan yang merujuk kepada tugasan pertama kami.
Berikut merupakan hasil brochures yang dapat disiapkan oleh saya dan pasangan kerja







Setelah selesai menyiapkan brochures iaitu tugasan 6a, kami dikehendaki pula menyiapkan tugasan 6b iaitu menhasilkan booklet. Langkah untuk menghasilkan booklet adalah:

Langkah menghasilkan booklet







Booklet
+ Menggunakan microsoft word
+ Page layout -> page setup
+ Orientation => landscape
+ Page => Book fold
+ Sheets per booklet => 8
+ Klik insert untuk pilih cover page


Contoh booklet



Segala kandungan yang terdapat dalam booklet diperolehi daripada hasil kajian kami mengenai borang kaji selidik iaitu tugasan minggu ke-6.Setelah segala nya selesai, kami masukkan ke dalam yahoo group dan google doc.

Thursday, October 27, 2011

Minggu ke-7 dan 8

27/10/11 seperti biasa masuk ke kelas sebelum 9 pagi untuk memulakan sesi pembelajaran kursus komputer dalam pendidikan. Pada minggu ini, kami didedahkan pula dengan SPSS iaitu Statistical Package For The Social untuk mengkaji borang soal selidik yang telah kami laksanakan pada minggu lepas. Walaubagaimanapun, pada minggu ini kami hanya perlu menerokai sahaja SPSS untuk mendapatkan maklumat berkaitan SPSS ini bagi memudahkan kami untuk menyiapkan tugasan akan datang.Sebelum bermulanya cuti pertengahan semestar,saya meminta pembantu makmal iaitu En.Mansor untuk install aplikasi ini ke dalam laptop saya.. Hal ini dilakukan untuk memudahkan saya menerokai lebih kerap dan mendalam apa itu SPSS tanpa pergi ke makmal komputer fakulti.Pada minggu ini,kerja turut dilakukan secara berpasangan,pasangan kerja saya iaitu Munirah Binti Sobri.Terasa agak mencabar tugasan pada minggu ini kerana kami langsung tidak mengetahui apa itu SPSS sebelum ini. Hal ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk menerokai SPSS ini walaupun pada asalnya terdapat sedikit kesulitan bagi kami untuk menyiapkan tugasan ini. Selepas menyiapkan segala tugasan pada minggu lalu,iaitu dengan mengumpul segala maklumat dan data responden borang kaji selidik, tugasan seterusnya adalah memasukkan segala maklumat tersebut ke dalam sistem SPSS. Mengiraan secara automatik dapat dihasilkan apabila mengunakan sistem ini. Pelajar tidak perlu secara menual yang akan mengambil masa yang lama untuk mengetahui bilangan dan responden dari borang kaji selidik tersebut.

Terdapat beberapa item yang perlu dilengkapkan dalam sistem SPSS ini. Antaranya ialah Name, Type, Width, Decimals, Label, Values, Missing, Columns, Align, Measure, dan Role (kedudukan melintang diatas jadual SPSS. Bagi posisi menengak pula diwakili oleh bilangan nombor untuk diisi dengan beberapa perkara. Setiap item melintang tersebut perlu dilengkapkan dengan soalan-soalan berdasarkan borang kaji selidik lalu seperti:
>Name = perlu dilengkapkan berdasarkan borang kaji
selidik iaitu:
1)No_ID
2)Jantina
3)Umur
4)Penempatan
5)Program
6)Tahun_pengajian
7)soalan 1- soalan 10
perkara 1-6 merupakan soalan demografi yang digunakan oleh saya dan pasangan kerja dalam mengenal pasti identiti responden.

>Type = perkara yang ada dalam type
-Numeric
-Comma
-Dot
-Scientific notation
-Date
-Dollar
-Custom currency
-String
Type yang digunakan ialah Numeric

>Width = 8
>Decimals = 0
>Label = item yang perlu dilengkapkan ialah maklumat demografi dan soalan 1-10 seperti dalam borang kaji selidik dalam ayat yang lengkap
>Values = nilai yang digunakan sebagai nisbah kepada jawapan
-Jantina-> lelaki (1) perempuan (2)
-Umur -> 17-20 tahun (1), 21-24 tahun (2), 25 ke atas (3)
-Penempatan -> bandar (1), luar bandar (2)
-Program -> p/khas (1), Tesl (2), sukres (3), lain-lain (4)
-Tahun pengajian -> satu (1), dua (2), tiga (3), empat (4)
-soalan 1- soalan 10 -> Ya (1), Tidak (2)
>Missing = None
>Columns = 8
>Align =terdiri daripada
-Left
-Right
-Center
Align yang digunakan ialah Left
>Measure =terdiri daripada
-scale
-ordinal
-nominal
Measure yang digunakan ialah Nominal
>Role =terdiri daripada
-Input
-Target
-Both
-None
-Partition
Role yang digunakan ialah Input
seperti gambar tersebut



Segala item ini merupakan maklumat yang ada dalam variable view
Selepas segala maklumat ini dilengkapkan, kami dikehendaki memasukkan maklumat tersebut ke dalam data view. Untuk memasukkan maklumat ke dalam data,ape yang perlu dilakukan adalah memastikan bahawa maklumat daripada variable view adalah sama. Dalam data view ini, saya hanya memasukkan nilai nisbah sebagai skala jawapan berdasarkan nilai yang telah diisi didalam variable view. setelah segala nya siap dimasukkan,tugasan seterusnya ialah membina data dan graf. Data dan graf akan terhasil secara automatik dengan hanya memasukkan maklumat tersebut

Langkah-langkah untuk membina jadual dan graf ialah:
1) Tekan view -> value labels
2) Anaylze -> Descriptive statistics -> frequencies
3) Frequencies -> senarai soalan -> tekan anak panah pada soalan yang ingin dihasilkan jadual dan graf -> Charts
4) Data frequencies chart -> chart type (none, bar charts, pie charts, @ Histograms) pilih salah satu ->continue



Hasilnya adalah seperti:






Selain itu, carta turu dapat dihasilkan mengunakan grar dengan cara :
1)Graphs -> Chart Builder
2)Tekan item Galery -> choose from (pilih jenis bar yang ingin digunakan



3)Masukkan item dalam kotak pada graf di paksi-x dan paksi-y
4)Tekan Ok



Setelah semua graf telah disiapkan,kami perlu menghuraikan graf tersebut berdasarkan kepada maklumat kaji selidik tersebut. Selain itu juga, satu laporan lengkap berkaitan bornag kaji selidik ini perlu disediakan. Setelah berbincang dengan pasangan kerja,akhirnya satu laporan lengkap dapat kami siapkan.

Berikut adalah laporan lengakap tugasan kali ini.

Web 2.0 Dalam Pendidikan
Oleh: Nur Fatin Fakhriah Binti Othaman
Abstrak
Pengenalan teknologi web 2.0 terhadap dunia telah banyak merubah sistem teknologi yang sedia
ada dalam pelbagai bidang. Perubahan yang ketara dalam bidang pendidikan merupakan antara
tamparan hebat daripada perkembangan pesat teknologi web 2.0. Perkembanagan teknologi web 2.0
ini telah mendorong para pendidik untuk mengaplikasikan pelbagai sistem ini dalam pendidikan.
Saya dan pasangan kerja telah membuat sedikit penyellidikan dan kajian tentang pengetahuan orang
ramai terhadap web 2.0 dalam pendidikan. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti atau
mengetahui sama ada sistem web 2.0 dalam pendidikan ini diaplikasikan oleh orang ramai
terutamanya mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan atau sebaliknya dan pengetahuan
meraka terhadap web 2.0 dalam pendidikan. Kajian ini dijalankan melalui proses penyebaran boring
kaji selidik dari sistem survey monkey dan google doc serta perbincangan secara online melalui
facebook untuk mendapatkan maklumat.
Pengenalan
Definisi web 2.0 yang sebenar sehingga kini masih lagi tidak dapat diungkapkan dengan sempurna.
Walaubagaimanapun, web 2.0 dapat ditakrifkan secara kasar sebagai laman web yang membolehkan
pengguna berkongsi maklumat dengan menyebarkan berita dan idea dari sumber yang boleh
dipercayai. Web 2.0 merupakan cetusan daripada web 1.0 dimana web 1.0 bersifat individu dan
teknologi ini pada peringkat awal hanya seperti e-mel, laman web, dan penyampaian pengetahuan
dalam skop yang kecil. Berbeza dengan web 2.0 yang dijelaskan bahawa penggunaannya lebih
meluas atau lebih bersifat dinamik yang digambarkan sebagai aplikasi internet kolobaratif yang
baru. Web 2.0 ini terdiri daripada blog, wiki, dan rangkaian sosial.Antara rangkaian social yang
menerima tamparan hebat daripada aplikasi web 2.0 adalah Facebook. Hal ini jelas kerana boleh
dikatakan hamper kesemua pelajar,penuntut IPT, dan pekerja mempunyai akaun Facebook.
Rangkaian sosial lain cetusan daripada web 2.0 adalah twitter, myspace dan lain-lain. Antara web
2.0 yang telah diaplikasikan dalam bidang pendidikan adalah seperti video sharing, slide share,
photo sharing dan lain- lain. Hal ini dapat menjadikan orang ramai saling berhubung dan
menyebabkan bidang pendidikan dapat berkembang pesat. Dalam kajian , saya dan pasangan kerja
telah menggunakan sistem SPSS (Statistical Package For The Sosial) bagi memudahkan proses
kajian kami dalam mengumpil dan menganalisis data melalui borang kaji selidik yang diedarkan
secara menual dan online dalam facebook. SPSS adalah program computer yang digunakan untuk
membuat analisis statistik. Melalui SPSS ini data ,peratus, purata, mode, dan medium dapat
diperolehi secara outomatik apabila maklumat dimasukkan ke dalam sistem
Kajian Lepas
Bersumberkan rujukan daripada beberapa buah jurnal, buku, dan artikel.Kajian lepas dapat
dihasilkan daripada pandangan para penyelidik yang memberikan pandangan dan idea-idea mereka
mengenai web 2.0 dalam pendidikan. Menurut Sendall, Ceccucci, dan peslak, 2008, web 2.0
merupakan istilah yang mengambarkan aplikasi internet kaloboratif yang baru serta bersifat
dinamik, tersebar berasaskan perkhidmatan, sedia ditulis, bersatu tanpa terikat, dan sosial. Menurut
beliau lagi, web 2.0 berbeza dengan web 1.0 dari segi penglibatan penggunaan yang lebih besar
dalam membina dan menguruskan isi kandungan. Menurut O’Reilly dan Medialive International
menekankan bahawa web 2.0 merupakan platform bagi aplikasi dan mereka mendeskrisikan web
2.0 sebagai sebuah software. Tidak dapat dinafikan bahawa teknologi web 2.0 memainkan peranan
dan meninggalkan kesan yang besar dalam bidang pendidikan. Hal ini dinyatakan bahawa
pembelajaran dan interaksi dalam kalangan pelajar dan guru mempunyai potensi yang dapat
ditingkatkan dalam teknologi web 2.0 (Hertshorne & Ajjan ). Selain itu juga, penggunaan teknologi
web 2.0, para pelajar tidak lagi mencapai web untuk mendapatkan maklumat semata-mata,
sebaliknya mereka mencapai dan membina pengetahuan secara kolektif menerusi interaksi sosial
(Maloney, 2007). Antara cetusan web 2.0 dalam pendidikan ialah blog, wiki, rangkaian sosial, dan
lain-lain. Setiap sistem yang dicetuskan daripada teknologi web 2.0 diaplikasikan dalam proses
pembelajaran. Sebagai contoh,blog, para pendidik mengaplikasikan penggunaan blog dalam
pembelajaran untuk menyampaikan bahan bacaan dan maklumat pembelajaran melalui blog. Blog
juga dapat membantu pelajar dalam mengulas penulisan yang baik dan memudahkan pelajar untuk
mengingati segala pembelajaran yang dipelajari ( Bryan Alexander, 2006). Selain blog, rangkaian
sosial terutama facebook turut diaplikasikan dalam pembelajaran. Facebook merupakan cetusan
terhebat web 2.0 pada masa ini. Boleh dikatakan hampir kesemua lapisan masyarakat mempunyai
akaun facebook. Facebook bukan sahaj untuk bersosial tetapi ia juga dijadikan penghubung untuk
membuat perbincangan kumpulan secara maya. Menurut kajian di Amerika Syariakt menunjukkan
bahawa pelajar yang sibuk dengan pelajaran sekalipun akan terlibat dengan facebook sekurangkurang
nya 30 minit sehari (Pempet.et.al,2010). Jelaslah bahawa teknologi web 2.0 amat penting
terutama dalam bidang pendidikan dan memberikan kesan positif terhadap pendidikan Negara.
Walaubagaimanapun, teknologi web 2.0 bukan hanya meninggalkan kesan positif malahan turut
menyumbangkan kesan negative (Kakutani, 2010).
Metadologi
Metodologi merupakan persiapan yang disusun rapi untuk mengumpul maklumat dan menganalisis
data. Dengan itu, kerja-kerja tersebut dapat dilaksanakan secara sistematik dan ekonomi ( Sellitz
dan rakan, 1976). Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kuantitatif dimana kajian ini
menggunakan borang kaji selidik. Kami menggunakan kaedah mengedar borang kaji selidik
tersebut kepada 10 responden dan turut menyebarkan link borang kaji selidik tersebuut dalam
facebook. Walaubagaimanapun, hanya 5 responden yang menjawab kaji selidik ini. Oleh hal yang
demikian, hanya 15 responden yang kami perolehi untuk dianalisis kan data tersebut ke dalam
SPSS. Kajian ini dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pelajar dari UKM terutama
daripada fakulti pendidikan telah diberi borang kaji selidik ini. Berdasarkan kajian ini juga,
responden dibahagikan kepada beberapa bahagian identiti iaitu jantina, peringkat umur,
penempatan, program, dan tahun pengajian mereka di UKM. Setiap borang kaji selidik tersebut
diberikan nombor ID dimana ia adalah untuk memudahkan kami dalam mengenalpasti data
responden. Berikut merupakan item yang diambil daripada responden untuk dimasukkan ke dalam
data yang dikenali sebagai demografi
a) Jantina ( terbahagi kepada 2)
- Lelaki
- Perempuan
Identiti jantina diambil adalah untuk melihat perbezaan sikap dan pengetahuan mereka dalam web
2.0 dalam pendidikan. Hal ini untuk menjelaskan sama ada lelaki atau perempuan yang lebih
mengetahui web 2.0.
b) Umur (terbahagi kepada 3 peringkat)
- 17-20 Tahun
- 21-24 Tahun
- 25 Tahun ke atas
Peringkat umur juga diambil kira kerana pelajar Fakulti pendidikan di UKM terdiri daripada
pelbagai lapisan umur dan untuk mengenal pasti pengetahuan mereka melalui peringkat umur.
c) Penempatan a( terbahagi kepada 2 )
-Bandar
-Luar Bandar
Penempatan amat penting dalam kajian ini kerana perbezaan penempatan amat mengpengaruhi
penilaian mereka terhadap web 2.0 dalam pendidikan.
d) Program (terbahagi kepada 4)
-Pendidikan Khas
-Tesl
-Sukan dan Rekreasi
-Lain-lain
Program turut dijadikan identity kepada responden dalam memberikan pandangan mereka terhadap
web 2.0 dalam pendidikan.
e) Tahun pengajian (terbahagi kepada 4)
-Satu
-Dua
-Tiga
-Empat
Pelajar fakulti pendidikan di UKM belajar selama 4 tahun di UKM. Pelbagai pandagan dan
pengetahuan dalam masa pembelajaran selama 4 tahun ini termasuk pengetahuan dalam web 2.0
dalam pendidikan.
Dapatan kajian
Sebanyak 10 soalan soal selidik telah disiapkan melalui sistem survey monkey dan google doc.
Segala jadual dan graf disediakan sebagai rujukan dalam kajian soal selidik ini. Berikut merupakan
soalan-soalan yang telah diberikan kepada responden dalam kajian ini.
Soalan 1
Adakah sebelum ini anda pernah didedahkan dengan web 2.0 dalam pendidikan ?
Adakah sebelum ini anda pernah didedahkan dengan web 2.0 dalam
pendidikan ?
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Tidak 8 53.3 53.3 53.3
Ya 7 46.7 46.7 100.0
Total 15 100.0 100.0
Merujuk kepada data soalan ini, 47.7% mengatakan bahawa mereka pernah didedahkan dengan web
2.0 dalam pendidikan selebihnya iaitu 53.3% menyatakan bahawa mereka tidak pernah didedahkan
dengan web 2.0 dalam pendidikan. Daripada 15 responden ini, mereka yang tinggal dipenempatan
bandar menyatakan 'Ya' seramai 7 orang dan hanya 1 responden sahaja menyatakan 'Tidak'. Bagi
responden yang tinggal di penempatan luar bandar, seramai 6 responden menyatakan 'Tidak' dan
hanya 1 respondean yang menyatakan 'Ya'. Penempatan responden amat mempengaruhi
pengetahuan mereka terhadap web 2.0 dalam pendidikan
Soalan 2
Sebagau seorang pelajar, adakah anda gemar mengaplikasikan sistem web 2.0 dalam pendidikan ?
Sebagai seorang pelajar, adakah anda gemar mengaplikasaikan sistem
web 2.0 dalam pendidikan
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Tidak 3 20.0 20.0 20.0
Ya 12 80.0 80.0 100.0
Total 15 100.0 100.0
Berdasarkan soalan ini, daripada 15 responden yang diambil, 80% gemar mengaplikasikan sistem
web 2.0 dalam pendidikan ( Ya ) manakala 20% lagi tidak gemar untuk mengaplikasikan sistem ini.
Jantina perempuan lebih gemar untuk mengaplikasikan sistem ini berbanding kaum lelaki. Hal ini
dapat dibuktikan apabila 9 responden perempuan dan hanya 3 responden lelaki menyatakan 'Ya'
sedangkan responden yang 'Tidak' gemar mengaplikasikan sistem initerdiri daripada 2 responden
lelaki dan hanya 1 responden perempuan. Jelaslah bahawa jantina perempuan lebih berminat untuk
mengaplikasikan sistem web 2.0 dalam pendidikan berbanding kaum lelaki.
Soalan 3
Pada pendapat anda, adakah penggunaan web 2.0 sangat penting dalam sistem pendidikan negara ?
Pada pendapat anda, adakah penggunaan web 2.0 sangat penting dalam
sistem pendidikan negara kita ?
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Ya 15 100.0 100.0 100.0
Daripada jadual yang dihasilkan, secara keseluruhan iaitu 100% menyatakan bahawa penggunaan
web 2.0 sangat penting dalam sistem pendidikan. Ini bermakna, daripada 15 responden yang ada,
kesemua mereka menyatakan 'Ya' kepada persoalan ini.
Soalan 4
Adakah web 2.0 mampu menangani segala masalah dalm sistem pendidikan dan pembelajaran ?
Adakah web 2.0 mampu menangani segala masalah dalam sistem
pendidikan dan pembelajaran ?
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Tidak 4 26.7 26.7 26.7
Ya 11 73.3 73.3 100.0
Total 15 100.0 100.0
73.3% yakin bahawa web 2.0 mampu menangani segala masalah dalam sistem pendidikan dan
pembelajaran iaitu seramai 11 responden menyatakan 'Ya' terhadap persoalan ini. Manakala hanya
26.7% sahaja yang tidak yakin bahawa web 2.0 mampu menangani segala masalah ini dengan
menyatakan 'Tidak' iaitu seramai 4 responden daripada 15 responden kesemuanya
Soalan 5
Adakah anda yakin web 2.0 dalam pendidikan ini dapat membantu dan memudahkan anda
menjalankan tugasan
Adakah anda yakin web 2.0 dalam pendidikan ini dapat membantu dan
memudahkan anda menjalankan tugasan ?
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Tidak 2 13.3 13.3 13.3
Ya 13 86.7 86.7 100.0
Total 15 100.0 100.0
Merujuk jadual yang terhasil, 86.7% menggangap web 2,0 dapat membantu dan memudahkan
mereka iaitu seramai 13 responden daripada 15 responden sedangkan hanya 2 responden yang tidak
yakin sistem ini dapat membantu dan memudahkan tugasan mereka (13.3%). Kebiasaanya golongan
muda lebih yakin terhadap web 2.0 dalam pendidikan ini kerana mereka mempunyai pengetahuan
yang lebih tinggi berbanding mereka yang meningkat dewasa. Hal ini jelas dibuktikan bahawa
seramai 11 responden yang berumur 17-20 tahun menyatakan 'Ya' pada soalan ini dan hanya 2
responden yang berusia 21-24 tahun sedangkan tiada responden bagi mereka yang berusia 25 tahun
keatas. Walaubagaimanapun, ada juga responden yang berusia 17-20 tahun ini tidak yakin sistem ini
dapat memudahkan mereka iaitu seramai 2 orang dan tiada responden bagi peringkat umur 21-24
tahun dan 25 tahun keatas.
Soalan 6
Adakah anda tahu bahawa facebook merupakan cetusan terhebat bagi web 2.0 ?
Adakah anda tahu bahawa facebook merupakan cetusan terhebat bagi
web 2.0 ?
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Tidak 7 46.7 46.7 46.7
Ya 8 53.3 53.3 100.0
Total 15 100.0 100.0
Daripada perolehan datayang dikumpul, seramai 8 responden tahu bahawa facebook merupakan
cetusan terhebat bagi web 2.0. Ini bermakna 53.3% terdiri daripada mereka yang menjawab 'ya'
selebihnya iaitu 7 responden lagi masih tidak mengetahui bahawa facebook adalah cetusan terhebat
bagi web 2.0 yang nenunjukkan peratus sebanyak 46.7%.
Soalan 7
Setujukah anda bahawa rangkaian sosial hanya meninggalkan kesan negatif berbanding kesan
positif kepada masyarakat ?
Setujukah anda bahawa rangkaian sosial hanya meninggalkan kesan negatif
berbanding kesan positif kepada masyarakat ?
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Setuju 5 33.3 33.3 33.3
T.Setuju 10 66.7 66.7 100.0
Total 15 100.0 100.0
Berdasarkan graf dan jadual di atas, sebanyak 33.3% setuju bahawa rangkaian sosial hanya
meninggalkan kesan negatif berbanding kesan positif kepada masyarakat yang terdiri daripada 5
responden sedangkan 66.7% tidak setuju dengan persoalan ini iaitu 10 responden menafikan hal
tersebut. Melalui graf, 2 responden daripada program lain-lain dan tiada responden dari program
sukan dan rekreasi setuju dengan persoalan ini sedangkan 4 responden dari program pendidikan
khas dan 2 responden dari setiap program lain tidak setuju bahawa rangkaian sosial hanya
meninggalkan kesan negatif berbanding kesan positif kepada masyarakat. Hal ini menjelaskan
bahawa setiap program yang diambil oleh responden mempunyai perpeksi yang berbeza terhadap
rangkaian sosial ini.
Soalan 8
Adakah anda bersetuju sekiranya sistem pendidikan secara bertulis dan lisan sahaja yang digunakan
berbanding teknologi web 2.0 ?
Adakah anda bersetuju sekiranya sistem pendidikan secara bertulis dan lisan
sahaja yang digunakan berbanding teknologi web 2.0 ?
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Setuju 5 33.3 33.3 33.3
T.setuju 1 6.7 6.7 40.0
T.Setuju 8 53.3 53.3 93.3
T.Stuju 1 6.7 6.7 100.0
Total 15 100.0 100.0
Data menunjukkan bahawa 33.3% terdiri daripada mereka yang setuju dengan persoalan ini iaitu
seramai 5 responden berbanding 66.7% tidak setuju sekiranya sistem pendidikan secara bertulis dan
lisan sahaja yang digunakan berbanding teknologi web 2.0 iaitu 10 responden. 3 orang terdiri
daripada pelajar tahun satu dan 1 responden bagi pelajar tahun tiga dan 4 yang setuju dengan
persoalan ini sedangkan seramai 9 responden daripada pelajar tahun satu tidak setuju sistem ini
dijalankan dan 1 responden daripada pelajar tahun dua. Disini dapat dirumuskan bahawa pelajar
tahun satu lebih didedahkan dengan web 2.0 dalam pendidikan berbanding pelajar tahun lain.
Soalan 9
Adakah golongan pendidik dan pelajar akan menjadi lebih bermutu dan berkualiti sekiranya
mengaplikasikan web 2.0 dalam pendidikan ?
Adakah golongan pendidik dan pelajar akan menjadi lebih bermutu dan
berkualiti sekiranya mengaplikasikan web 2.0 dalam pendidikan ?
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Tidak 2 13.3 13.3 13.3
Ya 13 86.7 86.7 100.0
Total 15 100.0 100.0
Merujuk kepada persoalan ini, 86.7% memberikan kata positif iaitu seramai 13 responden
sedangkan hanya 2 responden menyatakan bahawa golongan pendidik dan pelajar tidak akan
menjadi lebih bermutu dan berkualiti sekiranya mengaplikasikan web 2.0 dalam pendidikan dan
menyebabkan nilai peratusnya adalah 13.3% sahaja.
Soalan 10
Sekiranya anda berpeluang menerokai web 2.0 kursusnya dalam pendidikan, adakah anda bermina ?
Sekiranya anda berpeluang menerokai web 2.0 kursusnya dalam
pendidikan,adakah anda beminat ?
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Ya 15 100.0 100.0 100.0
Secara keseluruhan menunjukkan bahawa 15 responden yang diambil ini memilih 'Ya' sebagai
jawapan mereka dalam bornag kaji selidik ini. Hal ini bermakna 100% ingin menerokai web 2.0 ini
kursusnya dalam pendidikan mungkin kerana mereka sedar bahawa web 2.0 sangat penting dalam
bidang ini. Daripada 15 responden yang dikaji, 10 responden terdiri daripadagolongan perempuan
manakala hanya 5 responden terdiri daripada kaum lelaki. Kecenderungan kaum perempuan dalam
menerokai teknologi web 2.0 dalam pendidikan ini lebih tinggi berbanding kaum lelaki.
Perbincangan
Setelah hamper 2 bulan, saya dan pasangan kerja iaitu Munirah Binti Sobri mengkaji dan meneroka
tajuk berkaitan web 2.0 dalam pendidikan, semakin banyak ilmu yang kami perolehi daripada tajuk
ini. Pelbagai kaedah perbincangan telah dijalankan oleh kami seperti mencari jurnal, buku, artikel,
perbincangan secara online, bersemuka, dan lain-lain untuk mendapatkan maklumat berkaitan tajuk
web 2.0 dalm pendidikan. Tidak dapat dinafikan, tugasan ini amat mencabar bagi kami yang tidak
pernah mengetahui apa itu web 2,0 dalam pendidikan sehingga kami dapat menyiapkan beberapa
tugasan tentang web 2.0 dalam pendidikan ini. Web 2.0 dalam pendidikan ini amat penting dalam
dunia sekarang. Hal ini kerana perkembangan arus teknologi yang semakin pesat membangun amat
memerlukan teknologi web 2.0 dalam tugasan seharian termasuk dalam bidang pendidikan.
Teknologi web 2.0 dalam pendidikan ini seharusnya diaplikasikan dalam diri setiap individu kerana
ia amat member manfaat kepada kita dan masa depan seperti yang pernah dibincangkan oleh saya
dan pasangan kerja bahawa web 2.0 sangat penting dalam pembelajaran kerana ia member fokus
kepada pencarian dan pengumpulan bahan dalam masa yang singkat. Bukan itu sahaja, mereka juga
boleh mengaplikasikan teknologi web 2.0 daripada rangkaian sosial seperti facebook sebagai laman
sosial yang boleh menjalinkan hubungan antara satu sama lain dan membuat perbincangan dalam
laman tersebut seperti yang dilakukan oleh saya dan pasangan kerja. Tidak dapat dinafikan bahawa
web 2.0 bukan sahaja memberikan impak yang positif tetapi turut meninggalkan kesan negative
kepada orang ramai. Hal ini bergantung kepada sikap pengguna itu sendiri. Disamping itu juga,
teknologi web 2.0 juga mempunyai sedikit kesulitan bagi mereka yang tinggal dikawasan yang agak
pendalaman. Hal ini kerana teknologi internet tidak secara keseluruhan lagi dapat digunakan
dikawasan tersebut. Walaubagaimanapun,teknologi internet bagi kawasan tersebut akan sentiasa
dalam penambahbaikan. Namun saya yakin bahawa teknologi web 2.0 akan lebih mantap pada
masa akan datang.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa pengetahuan masyarakat terutamanya para
penuntut telah berkembang walaupun ada segelintir di antara mereka yang masih lagi tidak tahu apa
itu teknologi web 2.0 dalam pendidikan. Hal ini secara kasarnya bukan disebabkan mereka tidak
minat untuk menerokai teknologi web, tetapi disebabkan faktor penempatan yang menyebabkan
teknologi web 2.0 mempunyai sempadan untuk diterima terus oleh mereka yang tinggal di kawasan
luar bandar. Hal ini jelas terbukti selepas dianalisis data maklumat daripada responden,mereka yang
tidak pernah didedahkan dengan web 2.0 dalam pendidikan adalah mereka yang tinggal di
penempatan luar bandar.Namun begitu, minat yang mendalam untuk menerokai teknologi ini
daripada mereka sangat lah tinggi.
Melalui kajian soal selidik ini, sedikit masalah yang dihadapi oleh saya dan pasangan kerja apabila
hanya 15 responden sahaja yang diperolehi. Hal ini menyebabkan maklumat penuh berkaitan
dengan teknologi web 2.0 tidak banyak dapat dibezakan pandangan antara mereka. Selain itu
juga,penggunaan skala 'Ya' dan 'Tidak' sahaja menyebabkan jawapan yang diterima adalah kurang
tepat. Kajian soal selidik ini sepatutnya menggunakan kaedah skala Likert dimana skala ini
mengandungi lima darjah persetujuan dari sangat setuju kepada sangat tidak setuju daripada
responden.

Laporan ini telah dilakukan dalam open offical writer dan dimasukkan kedalam pdf.

Wednesday, October 26, 2011

Minggu ke-6

Hampir dua bulan saya mempelajari kursus komputer dalam pendidikan di UKM. Pelbagai ilmu yang saya dapat, ada yang pernah dilakukan dan ada juga yang tidak pernah saya lakukan. Begitu banyak cabaran yang perlu dihadapi untuk berjaya. Sedar tidak sedar,sudah 6 minggu saya mempelajari kursus ini. Seperti biasa, saya diberi tugasan yang perlu disiapkan pada minggu ini. Pada minggu ini, kami perlu membuat questionner secara online. Ini merupakan pengalaman pertama saya dalam membuat questionner kerana sebelum ini saya langsung tidak mengetahui cara melakukannya. Alhamdulillah, kursus ini banyak memberi ilmu yang baru dan bermanfaat kepada saya. Dalam tugasan kali ini juga perlu dilakukan secara berpasangan. Sebelum menerokai laman web surveymonkey, saya dan pasangan iaitu Munirah Binti Sobri telah menyediakan 10 soalan untuk dimasukkan surveymonkey. Kami telah bersepakat dan berbincang dalam menyediakan soalan-soalan tersebut. Laman web www.surveymonkey.com dibuka untuk membuat soalan tersebut. Cara membuat questionner melalui surveymonkey adalah seperti berikut:

Langkah-langkah membuat questionner

>Pelajar perlu memasukkan username dan pasword


> Seterusnya pelajar perlu klik di create survey
> masukkan tittle (tajuk tugasan)(Web 2.0 dalam pendidikan-bagi kumpulan saya)
> Select a category dan klik di continue



> Gambar seperti dalam skrin akan keluar setelah pelajar klik continue
> Pelajar perlu memasukkan soalan satu persatu dengan klik pada + add question
> Jika ada sebarang kesilapan, pelajr boleh membetulkan soalan dengan klik edit survey
> selepas semua soalan dimasukkan, pelajar perlu klik send survey
> Akhir sekali pelajar perlu mengambil link tersebut dan masukkan ke dalam personal facebook serta facebook group bagi mendapat feedback daripada rakan-rakan berkaitan tajuk tugasan saya.


Quetionner ini juga perlu dilakukan di dalam google doc. Soalan yang digunakan adalah sama tetapi terdapat sedikit perbezaan cara untuk memasukkan soalan-soalan melalui google doc. Berikut merupakan langkah @ cara melalui google doc
> Masuk ke laman Gmail, masukkan alamat email dan kata laluan
> Klik pada document dan create doc
> seterusnya pilih Form
> Masukkan soalan-soalan yang sama dalam question tittle --> quetion type --> option answer
>selesai semua, saya perlu copy link tersebut dan masukkan ke dalam facebook group dan personal facebook




Ini adalah link quetionner bagi google doc : 23:57http://www.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fdocs.google.com%2Fspreadsheet%2Fviewform%3Fformkey%3DdDVsSXlMX0lRR1FMVkIzLTNQaTNjRWc6MQ&h=UAQGHVv0d.

Setelah segala dokumen telah dimasukkan ke dalam file google doc, yahoo group, dan facebook group. Kami dikehendaki membuat 10 helai salinan borang soal selidik untuk di edarkan kepada kawan-kawan. Hal ini kerana, kami perlu membuat laporan lanjut berkaitan borang soal selidik mengenai tajuk yang kami kaji iaitu web 2.0 dalam pendidikan bagi memastikan sejauh mana penerimaan oarng ramai terhadap web 2.0 dalam pendidikan.
Sebelum membuat salinan tersebut, Saya dan pasangan juga telah melakukan sedikit pembaharuan atau penambahkan soalan yang dikenali sebagai demography.

Minggu ke-5

Tugasan pada minggu ini juga diberikan secara berpasangan (PAIR). Tugasan kali ini, saya dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap berkaitan dengan tajuk saya iaiti Web 2.0 dalam pendidikan. Bagi menyediakan laporan ini, saya dikehendaki menerokai beberapa laman web untuk mendapatkan maklumat. Seperti biasa tugasan ini memerlukan THINK, PAIR, DAN SHARE. Dalam tugasan pada minggu ini, saya dikehendaki mengkaji beberapa laman web untuk melaksanakan tugasan ini. Terdapat beberapa laman web yang telah disediakan dalam perfoma kursus. Antaranya laman web tersebut ialah:
# http://library.albany.edu/subject/tutorials/education/index.html
# http://www.iiep.unesco.org/fileadmin/user_uploud/Cap_Dev_Training/Training_Materials/Quality/Qu_Mod1.pdf
# http://writing.colostate.edu/guides/research/survey/
# http://managementhelp.org/businessresearch/questionaires.htm

Ini adalah link-link berkaitan kajian ke atas penyelidikan pendidikan. Di ssini, terdapat bahan-bahan yang boleh dijadikan rujukan.
Disamping itu,kami juga perlu menerokai laman web kajian kesusasteraan (literature review). Laman web ini membantu saya cara bagaimana untuk menyediakan laporan. Berikut merupakan laman web kajian kesusasteraan:
1) http://lancashirecare.wordpress.com/2008/03/19/easy-steps-to-doing-a-litrature-review/
2) http://www.gwu.edu/~litrev/
3) http://www.writing.utoronto.ca/advice/specific-types-of-writing/literature-review
4) www.3metaku.com

Untuk melengkapkan tugasan, saya juga perlu mencari maklumat dalam bahan 'online' (online materials).Dalam laporan ini,saya perlu memasuki beberapa laman web untuk mendapatkan bahan seperti jurnal, artikel, dan buku. Bagi maklumat jurnal, laman web yang dikaji ialah http://www.ukm.my/library/ dan http://www.ezplib.ukm.my/login. Melalui laman web ini,saya dan pasangan (PAIR) iaitu Munirah Binti Sobri telah bersetuju untuk memilih dua (2) jurnal yang berjudul Web 2.0 and the impact of ict fuelled paticipatory culture in rural and remote education dan Developing a web 2.0-based system with user-authored content for community use and teacher education. Satu artikel daripada laman web http://scholar.google.com.my/ yang bertajuk What is web 2.0 ? Ideas, technologies and implications for education by Paul Anderson dan sebuah buku dari laman web http://books.google.com/ yang berjudul Educational reseach and innovation inspired by technology driven by pedagogy.
Setelah mendapat maklumat dari bahan-bahan ini, kami perlu membuat perbincangan melalui facebook. Pertukaran pendapat dan idea-idea diperolehi daripada perbincangan ini. Dalam tugasan minggu ini juga, saya perlu menerokai beberapa laman web yang menerangkan plagiarism iaitu penciplakan. Antara laman yang telah disediakan dalam perfoma ialah:
1) http://www.plagiarism.org/
2) http://guides.library.ualberta.ca/content.php?pid=62200&sid=457651
3) http://www.plagiarism.org/plag_article_how_do_i_cite_sources.html

Selesai segala penerokaan bahan-bahan melalui laman web, akhirnya satu laporan lengkap berkaitan web 2.0 dalam pendidikan dapat disiapkan. Berikut merupakan laporan saya untuk tugasan pada minggu ini.

WEB 2.0 DALAM PENDIDIKAN oleh: Nur Fatin Fakhriah Binti Othaman
Pengenalan
Perkembangan pesat teknologi dunia telah memberikan tamparan hebat kepada pemodenan sesebuah negara. Tidak dapat dinafikan, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menerima tembias perkembangan teknologi walaupun Malaysia merupakan sebuah negara dunia ketiga iaitu antara negara-negara yang sedang membangun berbanding negara yang telah berada dalam landasan kemajuan yang sebenar seperti Jepun. Salah satu kemajuan teknologiyang sedang rancak berkembang ialah teknologi web. Web telah diperkenalkan oleh Sir Tim Berner Le yang dimulakan dengan web 1.0. Web 1.0 lebih bersifat statik, berpusat dan yang lebih jelas web 1.0 ini diklasifikasikan sebagai web individu iaitu tidak terlalu meluas. Hal ini menyebabkan adanya kekurangan dalam teknologi web 1.0. Kekurangan sistem dalam teknologi web 1.0 telah mendorong Tim O’Reilly untuk menambahbaik sistem teknologi web 1.0 ini Oleh hal yang demikian, perkembangan teknologi web 1.0 telah mencetuskan teknologi web2.0 yang bersifat lebih dinamik, tersebar berasaskan perkhidmatan seperti yang ditafsirkan oleh Ajjan & Hartshorne (2008), Tim O’Reilly (2005). Teknologi web 2.0 ini telah diaplikasikan dalam negara Malaysia. Terdapat pelbagai bidang yang telah mengaplikasikan teknologi web 2.0 termasuklah bidang pendidikan. Pengaplikasikan teknologi web 2.0 dalam sistem pendidikan memberi impak yang besar terhadap pembangunan negara. Hal ini kerana, Kekuatan sesebuah negara bergantung kepada pendidkan negara itu sendiri. Pelbagai kemudahan atau faedah daripada pengaplikasian teknologi weeb 2.0 dalam pendidikan. Pengguna web 2.0 dalam pendidikan dapat menjimatkan masa seseorang pengajar dan pelajar.mereka hanya perlu berkomunikasi secara maya dan tidak perlu untuk bersemuka dalam menyiapkan tugasan. Di samping itu juga, pertukaran pandangan dan idea juga dapat dilakukan melalui teknologi web 2.0. Selain itu, pengajar dan pelajar boleh memuat naikkan segala nota kuliah, soalan tutorial, kuiz, bahan-bahan bacaan dan sebagainya. Penggunaan web 2.0 dalam pendidikan bukan sahaja di aplikasikan oleh penuntut institusi pengajian tinggi malah pelajr-pelajar sekolah rendah, menengah, maktab dan lain-lain turut mengaplikasikan web 2.0 ini dalam pendidikan. Sebagai contoh, web 2.0 dalam pendidikan yang digunakan adalah blog,video sharing (you tube), photo sharing (flicker), presentation sharing (slideshare.net) dan rangkaian sosial seperti facebook, twitter, myspace, dan lain-lain. Di UKM sendiri, web 2.0 dalam pendidikan telah di aplikasikan, antaranya ialah penggunaan SPIN Bangi diman sistem ini dapat memberikan faedah kepada pengajar dan pelajar. Mereka boleh mendapatkan segala nota-nota kuliah yang di muat naikkan oleh pensyarah, soalan-soalan tutorial, kuiz dan sebagainya. Walaubgaimanapun, penggunaan teknologi web 2.0 dalam sistem pendidikan bukan sahaja meninggalkan kesan positif terhadap pengguna, tetapi turut menyumbangkan kesan negatif terutamanya melalui rangkaian sosialyang cukup hebat pada masa ini iaitu Facebook. Hal ini terjadi kerana, ada sesetengah pihak menggunakan facebook ke arah komunikasi yang negatif. Lebih malang lagi, penggunaan facebook menyebabkan mereka tidak menyiapkan tugasan dan meninggalkan kerja-kerja mereka.
Kajian lepas
Sedikit sebanyak maklumat dapat diperolehi daripada laman web http://www.ukm.my/library/ ,dan http://www.ezplib.ukm.my/login mengenai jurnal yang bertajuk Developing a web 2.0-based system with user-authored content for community use and teacher education dan web 2.0 and the impact of ICT fuelled participatory culture in rural and remote education (spare keynote 2009 conference address) by NEIL ANDERSON. Laman web http://scholar.google.com.my/ dijadikan rujukan untuk artikel iaitu What is web 2.0 ? Ideas, technologies and implications for education by Paul Anderson. Manakala laman web http://books.goole.com/ dijadikan bahan rujukan untuk buku yang berjudul Educational reseach and innovation inspired by technology driven by pedagogy. Menurut Meloney (2007), web 2.0 bukan hanya digunakan untuk mendapatkan maklumat semata-mata tetapi untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam skop yang lebih luas melalui komunikasi. Terdapat perbezaan antara web 1.0 dengan web 2.0 diman web 1.0 lebih bersifat individu atau berpusat sedangkan web 2.0 lebih bersifat dinamik yang di gambarkan sebagai aplikasi internet kaloboratif yang baru. Bagi pendapat Tim O’reilly dan Medialive International pula menekankan bahawa web 2.0 merupakan sebuah platform bagi aplikasi dan mereka mendeskripsikan web 2.0 ini sebagai sebuah software. Berdasarkan jurnal bertajuk Developing a web 2.0-based system with user-authored content for community use and teacher education, maklumatyang diperolehi menyatakan bahawa golongan yang mahir perlulah mendedahkan kepentingan dan kelebihan mereka dalam mendorong usaha untuk menggunakan teknologi pembelajaran ini secara meluas.Hal ini merangsang perkembangan teknologi web 2.0. Dalam hal yang demikian juga, mereka perlu membimbing orang ramai akan cara penggunaan web 2.0 dalam pendidikan ini. Menurut jurnal web 2.0 and impactof ICT feulled participatory culture in rural and remote education dari laporan Horizon (2008) meramalkan bahawa organisasi pembelajaran akan mempunyai impak yang ketara dalam tempoh 1-5 tahun akan datang terhadap teknologi web 2.0 seperti Grassroots video, collaboration webs, Mobile broadband, Data mashups, collective inteligence and social operating system. Kemunculan ICT baru ini bergantung kepada rangkaian internet. Menurut artikel daripada scholar berkaitan web 2.0 dalam pendidikan, Bryan Alexander (2006) percaya bahawa blog dapat membantu pelajar dalam mengulas atau menulis. Blog juga memudahkan pelajar untuk mengingati segala pembelajaran yang telah dipelajari. Universiti di New York, wiki digunakan untuk mentafsir teks, rencana pengarang dan esai, berkongsi idea dann meningkatkan penyelidikan. Hal ini seharusnya juga dipraktikkan di negara kita bagi memastikkan teknologi web 2.0 ini digunakan dengan betul dalam konsep pembelajaran. Satu perkembangan positif yang dilakukan di Malaysia dimana keprihatinan kerajaan terhadap bidang pendidikan ini dalam menyumbangkan laptop kepada para pelajar sekolah secara percuma adalah salah satu langkah untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan ICT dan berteknologi. Berdasarkan program yang telah dijalankan ini seiring dengan apa yang pernah dilakukan dinegara luar seperti Australia. Menurut Anderson (2009), kewujudan projek One Laptop Per Child (OLPC) dapat meningkatkan penggunaan ICT.
Kesimpulan
Secara kasarnya dapat disimpulkan bahawa teknologi web 2.0 amat penting kepada dunia sekarang iaitu seiring dengan perkembangan dunia yang semakin rancak membangun. Tanpa penggunaan web 2.0 ini, saya yakin manusia zaman sekarang masih lagi berada di takuk pemikiran yang lama. Selain itu juga, Tanpa teknologi web 2.0 ini segal perhubungan atau komunikasi akan menjadi lebih sukar. Tidak dapat dinafikan lagi, melalui rujukan yang terdapat daripada jurnal, artikel, dan buku seperti yang dinyatakan diatas banyak memberikan petunjuk dan panduan untuk kita mengaplikasikan penggunaan teknologi web 2.0. Projek-projek yang dijalankan dinegara luar menurut laporan jurnal, artikel, dan bukuboleh dilakukan di Malaysia. Terdapat pelbagai kelebihan sekiranya kita mengaplikasikan penggunaan web 2.0 dalam kehidupan seharian. Pada pandangan saya sendiri, teknologi web 2.0 banyak menguntungkan pelbagai pihak termasuklah dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana, penggunaan web 2.0 dapat membantu meringankan segala tugasan harian kita. Tidak dapat dinafikan juga, kewujudan teknologi web 2.0 ini turut menyumbangkankesan buruk seperti peningkatan gejala sosial akibat dari penyebaran maklumat yang tidak bermoral melalui rangkaian sosial hasil cetusan teknologi web ini. Hal ini memberikan gambaran dan kesan buruk terhadap seseorang individu, masyarakat, dan negara kita. Walaubagaimanapun, saya yakin bahawa kesan buruk yang tersebar akibat daripada perkembangan teknologi web 2.0 ini dapat dibendung sekiranya individu, masyarakat dan negara sendiri mempunyai sikap bertanggungjawab yang tinggi dalam penggunaan teknologi web 2.0 ini. Sikap positif seseorang akan mendorong perkembangan teknologi ini pada masa akan datang. Sejurus dengan pendidikan juga, golongan ini seharusnya memanfaatkan kemudahan teknologi ini agar masyaarakat akan datang lebih pandai dalam penggunaan teknolgi ict. Pelbagai kaedah dapat dilakukan untuk melahirkan pelajar- pelajar yang celik tentang IT, salah satu cara adalah dengan memastikan kerja-kerja yang dilakukan lebih menjurus kepada penggunaan komputer dalam pendidikan. Sehubungan dengan itu, tenaga pengajar terlebih dahulu mesti mempunyai ilmu berkaitan teknologi ini. Saya berharap, segala cadangan dan teknik-teknik untuk memperkembangkan penggunaan teknolgi yang dijalankan di luar negara dapat dipraktikkan dinegara Malaysia.

Laporan ini perlu ditulis melalui openoffice writer. Laporan ini juga telah saya masukkan ke dalam fail dokumen saya di Yahoo Group


Dalam minggu ini juga, saya telah memasukkan segala signature saya dan pasangan di dalam link yahoo group. Hal ini dilakukan untuk memudahkan saya dan pasangan mendapat alamat akaun kami.

LINK YAHOO GROUP

Wednesday, October 12, 2011

Minggu ke-4

Pada minggu ini, satu tugasan telah diberikan oleh penyelaras kursus iaitu Dr. Siti Fatimah Binti Mohd Yassin. Dalam tugasan ini, kami diberi satu topik dimana kami perlu mencari maklumat berkaitan topik tersebut. Kami juga perlu mengkaji secara terperinci untuk pengetahuan yang lebih mendalam. Tajuk tugasan saya pada minggu ini ialah Web 2.0 In Education. Tugasan ini memerlukan perbincagan dengan pasangan kerja, walaubagaimanapun, setiap individu mesti lah mempunyai idea-idea berdasarkan maklumat yang telah dicari. Hal ini kerana sumbangan idea daripada setiap orang akan mengukuhkan lagi pengetahuan berkaitan tajuk tersebut. Dalam tugasan ini, pelbagai laman web telah kami masuki untuk mendapatkan maklumat sebagai bahan tugasan. Bahan-bahan tersebut kami kumpulkan untuk membentuk satu rangka. Saya dan pasangan iaitu Munirah binti Sobri menggunakan formula 5W1H iaitu What, Why, Where, When, Who dan How. Daripada formula ini, kami menghuraikan maklumat berkaitan tugasan kami. Setelah beberapa hari mengumpul bahan dan maklumat ini,akhirnya tugasan ini siap dirangka. Walaubagaimanapun, menurut penyelaras kursus kami iaitu Dr. Fatimah menyatakan bahawa maklumat ini belum mencukupi. Oleh itu, sekali lagi saya dan pasangan membuat kajian berkaitan tajuk tugasan kami. Selepas menambah sedikit maklumat lagi dalam rangka tugasan tersebut, akhirnya tercipta lah tugasan kami iaitu :
Web 2.0 In Education


Apakah maksud Web 2.0 In Education ?
Apa yang dimaksudkan dengan Web 2.0 in Education ialah laman web yang membolehkan pengguna berkongsi maklumat dengan menyebarkan berita dan idea dari sumber yang boleh dipercayai. Selain itu, web 2.0 in education juga istilah yang mengambarkan aplikasi internet kolaboratif yang baru. Web 2.0 ini lebih bersifat dinamik, tersebar berasaskan perkhidmatan, bersatu tanpa terikat dan social. Menurut Ajjan & Hartshorne (2008), Maloney (2007), McLoughin & Lee (2007) menerusi penggunaan web 2.0, pelajar dan guru akan menjadi lebih aktif dan terlibat secara individu.

Kenapakah Web 2.0 In Education digunakan ?

Web 2.0 in Education sangat penting dalam pembelajaran kerana ia memberi focus kepada pencarian dan pengumpulan bahan dalam masa yang singkat. Di samping itu, penggunaan Web in Education dapat menjimatkan masa dan tenaga di mana seseorang tidak perlu bergerak ke merata tempat seperti perpustakaan mahupun gedung ilmu untuk mendapatkan maklumat. Selain itu, penggunaan Web 2.0 in Education membawa aplikasi dan perkhidmatan terbaru dalam teknologi ini yang membolehkan perbincangan dapat disebarkan tanpa sempadan. Tidak dapat dinafikan, penggunaan Web 2.0 in Education dapat mengubah cara seseorang itu berkomunikasi. Misalnya walaupun seseorang itu pendiam namua dia dapat turut serta bersosial dengan mengguna teknologi ini. Antara rangkaian sosial yang popular ialah Facebook, Twitter. Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat sikap CEO Facebook itu sendiri, Mark Zuckerberg seorang yang pendiam.

Dimanakah Web 2.0 In Education digunakan ?

Web 2.0 In Education telah mendapat tempat di luar negara lagi sejak ia ditubuhkan. Kemudian web ini telah tersebar ke negara kita dengan pantasnya. Hal ni kerana Web In Education banyak digunakan di Institut Pendidikan misalnya di IPTA, IPTS, IPG dan di sekolah-sekolah. Guru mengambil langkah alternatif dengan manggunakan web ini di dalam kelas kerana ia boleh diakses secara percuma untuk mendapat maklumat yang diingini.

Siapakah yang menubuhkan Web 2.0 ?
Web sebenarnya telah lama ditubuhkan oleh Sir Tin Bernes Le. Beliau telah mencipta Web 1.0 di mana web ini terdapat kekurangan. Justeru itu, perkembangan teknologi yang semakin pesat ini telah mendorong Sir Tin Bernes Lee untuk menambahbaikan system web dengan menubuhkan Web 2.0.

Bagaimanakah Web 2.0 In Education berfungsi ?

Web in Education merupakan perkhidmatan yang menggunakan rangkaian teknologi yang mendokong rangkain Internet dan Web. Walaupun terdapat aplikasi yang lain namun aplikasi yang lama tetap menjadi pilihan orang ramai dalam membuat perbincangan. Antaranya termasuklah aplikasi blog, wiki, podcast. Selain itu, rangkaian social seperti Facebook, Twitter, Flick.
Berikut merupakan sedikit maklumat mengenai :

a) Blog – tempat berkarya dengan berkongsi pengalaman dan pandangan antara pemilik blog dengan masyarakat luar di mana pemilik blog berkuasa mutlak dalam mengendalikan blognya. Sebagai contoh, penyedia laman blog yang Berjaya dengan himpuan berjuta penulis blog dari serata dunia ialah www.blogger.com dan www.wordpress.com. Golongan pendidikan sendiri menggunakan blog sebagai medium untuk menyampaikan ilmu dan bahan-bahan rujukan dalam sessi pembelajaran.
b) Facebook – Cetusan hebat untuk Wen 2.0. Facebook berkembang pesat sebagai satu medium komunikasi popular yang membentuk komuniti maya berskala besar yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg. Laman social Facebook (www.facebook.com) ini membenarkan perkongsian maklumat peribadi, minat, gambar dan idea antara satu sama lain.

Ini jelas dilihat apabila ramai kalangan pelajar dari pelbagai latar belakang menggunakan Facebook dan Blog sebagai salah satu kaedah pembelajaran maya secara berkumpulan. Sebagai contoh, perbincangan boleh dibuat antara pensyarah mahupun rakan-rakan di Facebook group. Dengan demikian ia dapat memudahkan cara penyampaian dan penyebaran ilmu.

Ini merupakan hasil kerja saya dan pasangan. Namun, saya yakin bahawa maklumat ini belum mencukupi dan belum padat dengan isi-isi yang sepatutnya dimasukkan.Oleh itu, saya dan pasangan akan berusaha dengan lebih gigih ntuk mencari maklumat berkaitan web 2.0 in education dari semasa ke semasa.
Selepas menyiapkan tugasan ini, kami dikehendaki memasukkan maklumat ini dalam facebook group. Hal ini dilakukan sebagai satu perkongsian ilmu dengan rakan-rakan facebook kumpulan @kelas kami. Proses untuk memasukkan tugasan ini saya hanya perlu post kan tugasan ini di wall facebook group saya. Dengan cara ini, kawan-kawan lain akan dapat mengetahui tentang tajuk tugasan saya dan yang lagi penting adalah dimana cara ini membolehkan kami bertukar pendapat tentang tajuk tugasan ini. Perkara ini dapat membantu saya dan pasangan untuk menambahkan isi-isi 2 bahan tajuk tugasan ini setelah rakan-rakan facebook group ini memberi komen. Tidak ketinggalan juga, Dr. Siti Fatimah turut menyumbangkan idea-idea untuk memantapkan lagi bahan tugasan kami. Oleh itu, Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada semua yang terlibat. Selain itu,tugasan ini juga perlu lah dimasukkan ke dalam file yahoo group.Hal ini kerana untuk memudahkan kita membuat rujukan dan maklumat kepada pensyarah.

Bukan hanya didalam file yahoo group, tugasan ini juga perlu dimasukkan ke dalam google doc. Untuk memasukkan tugasan ini ke dalam file google, saya perlu klik pada perkataan create seterusnya klik document dan share kepada kawan-kawan

Di dalam fail tersebut juga terdapat tugasan kawan yang telah share dalam dokumen saya.