Wednesday, October 12, 2011

Minggu ke-4

Pada minggu ini, satu tugasan telah diberikan oleh penyelaras kursus iaitu Dr. Siti Fatimah Binti Mohd Yassin. Dalam tugasan ini, kami diberi satu topik dimana kami perlu mencari maklumat berkaitan topik tersebut. Kami juga perlu mengkaji secara terperinci untuk pengetahuan yang lebih mendalam. Tajuk tugasan saya pada minggu ini ialah Web 2.0 In Education. Tugasan ini memerlukan perbincagan dengan pasangan kerja, walaubagaimanapun, setiap individu mesti lah mempunyai idea-idea berdasarkan maklumat yang telah dicari. Hal ini kerana sumbangan idea daripada setiap orang akan mengukuhkan lagi pengetahuan berkaitan tajuk tersebut. Dalam tugasan ini, pelbagai laman web telah kami masuki untuk mendapatkan maklumat sebagai bahan tugasan. Bahan-bahan tersebut kami kumpulkan untuk membentuk satu rangka. Saya dan pasangan iaitu Munirah binti Sobri menggunakan formula 5W1H iaitu What, Why, Where, When, Who dan How. Daripada formula ini, kami menghuraikan maklumat berkaitan tugasan kami. Setelah beberapa hari mengumpul bahan dan maklumat ini,akhirnya tugasan ini siap dirangka. Walaubagaimanapun, menurut penyelaras kursus kami iaitu Dr. Fatimah menyatakan bahawa maklumat ini belum mencukupi. Oleh itu, sekali lagi saya dan pasangan membuat kajian berkaitan tajuk tugasan kami. Selepas menambah sedikit maklumat lagi dalam rangka tugasan tersebut, akhirnya tercipta lah tugasan kami iaitu :
Web 2.0 In Education


Apakah maksud Web 2.0 In Education ?
Apa yang dimaksudkan dengan Web 2.0 in Education ialah laman web yang membolehkan pengguna berkongsi maklumat dengan menyebarkan berita dan idea dari sumber yang boleh dipercayai. Selain itu, web 2.0 in education juga istilah yang mengambarkan aplikasi internet kolaboratif yang baru. Web 2.0 ini lebih bersifat dinamik, tersebar berasaskan perkhidmatan, bersatu tanpa terikat dan social. Menurut Ajjan & Hartshorne (2008), Maloney (2007), McLoughin & Lee (2007) menerusi penggunaan web 2.0, pelajar dan guru akan menjadi lebih aktif dan terlibat secara individu.

Kenapakah Web 2.0 In Education digunakan ?

Web 2.0 in Education sangat penting dalam pembelajaran kerana ia memberi focus kepada pencarian dan pengumpulan bahan dalam masa yang singkat. Di samping itu, penggunaan Web in Education dapat menjimatkan masa dan tenaga di mana seseorang tidak perlu bergerak ke merata tempat seperti perpustakaan mahupun gedung ilmu untuk mendapatkan maklumat. Selain itu, penggunaan Web 2.0 in Education membawa aplikasi dan perkhidmatan terbaru dalam teknologi ini yang membolehkan perbincangan dapat disebarkan tanpa sempadan. Tidak dapat dinafikan, penggunaan Web 2.0 in Education dapat mengubah cara seseorang itu berkomunikasi. Misalnya walaupun seseorang itu pendiam namua dia dapat turut serta bersosial dengan mengguna teknologi ini. Antara rangkaian sosial yang popular ialah Facebook, Twitter. Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat sikap CEO Facebook itu sendiri, Mark Zuckerberg seorang yang pendiam.

Dimanakah Web 2.0 In Education digunakan ?

Web 2.0 In Education telah mendapat tempat di luar negara lagi sejak ia ditubuhkan. Kemudian web ini telah tersebar ke negara kita dengan pantasnya. Hal ni kerana Web In Education banyak digunakan di Institut Pendidikan misalnya di IPTA, IPTS, IPG dan di sekolah-sekolah. Guru mengambil langkah alternatif dengan manggunakan web ini di dalam kelas kerana ia boleh diakses secara percuma untuk mendapat maklumat yang diingini.

Siapakah yang menubuhkan Web 2.0 ?
Web sebenarnya telah lama ditubuhkan oleh Sir Tin Bernes Le. Beliau telah mencipta Web 1.0 di mana web ini terdapat kekurangan. Justeru itu, perkembangan teknologi yang semakin pesat ini telah mendorong Sir Tin Bernes Lee untuk menambahbaikan system web dengan menubuhkan Web 2.0.

Bagaimanakah Web 2.0 In Education berfungsi ?

Web in Education merupakan perkhidmatan yang menggunakan rangkaian teknologi yang mendokong rangkain Internet dan Web. Walaupun terdapat aplikasi yang lain namun aplikasi yang lama tetap menjadi pilihan orang ramai dalam membuat perbincangan. Antaranya termasuklah aplikasi blog, wiki, podcast. Selain itu, rangkaian social seperti Facebook, Twitter, Flick.
Berikut merupakan sedikit maklumat mengenai :

a) Blog – tempat berkarya dengan berkongsi pengalaman dan pandangan antara pemilik blog dengan masyarakat luar di mana pemilik blog berkuasa mutlak dalam mengendalikan blognya. Sebagai contoh, penyedia laman blog yang Berjaya dengan himpuan berjuta penulis blog dari serata dunia ialah www.blogger.com dan www.wordpress.com. Golongan pendidikan sendiri menggunakan blog sebagai medium untuk menyampaikan ilmu dan bahan-bahan rujukan dalam sessi pembelajaran.
b) Facebook – Cetusan hebat untuk Wen 2.0. Facebook berkembang pesat sebagai satu medium komunikasi popular yang membentuk komuniti maya berskala besar yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg. Laman social Facebook (www.facebook.com) ini membenarkan perkongsian maklumat peribadi, minat, gambar dan idea antara satu sama lain.

Ini jelas dilihat apabila ramai kalangan pelajar dari pelbagai latar belakang menggunakan Facebook dan Blog sebagai salah satu kaedah pembelajaran maya secara berkumpulan. Sebagai contoh, perbincangan boleh dibuat antara pensyarah mahupun rakan-rakan di Facebook group. Dengan demikian ia dapat memudahkan cara penyampaian dan penyebaran ilmu.

Ini merupakan hasil kerja saya dan pasangan. Namun, saya yakin bahawa maklumat ini belum mencukupi dan belum padat dengan isi-isi yang sepatutnya dimasukkan.Oleh itu, saya dan pasangan akan berusaha dengan lebih gigih ntuk mencari maklumat berkaitan web 2.0 in education dari semasa ke semasa.
Selepas menyiapkan tugasan ini, kami dikehendaki memasukkan maklumat ini dalam facebook group. Hal ini dilakukan sebagai satu perkongsian ilmu dengan rakan-rakan facebook kumpulan @kelas kami. Proses untuk memasukkan tugasan ini saya hanya perlu post kan tugasan ini di wall facebook group saya. Dengan cara ini, kawan-kawan lain akan dapat mengetahui tentang tajuk tugasan saya dan yang lagi penting adalah dimana cara ini membolehkan kami bertukar pendapat tentang tajuk tugasan ini. Perkara ini dapat membantu saya dan pasangan untuk menambahkan isi-isi 2 bahan tajuk tugasan ini setelah rakan-rakan facebook group ini memberi komen. Tidak ketinggalan juga, Dr. Siti Fatimah turut menyumbangkan idea-idea untuk memantapkan lagi bahan tugasan kami. Oleh itu, Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada semua yang terlibat. Selain itu,tugasan ini juga perlu lah dimasukkan ke dalam file yahoo group.Hal ini kerana untuk memudahkan kita membuat rujukan dan maklumat kepada pensyarah.

Bukan hanya didalam file yahoo group, tugasan ini juga perlu dimasukkan ke dalam google doc. Untuk memasukkan tugasan ini ke dalam file google, saya perlu klik pada perkataan create seterusnya klik document dan share kepada kawan-kawan

Di dalam fail tersebut juga terdapat tugasan kawan yang telah share dalam dokumen saya.

No comments:

Post a Comment