Sunday, September 25, 2011

Minggu pertama dan kedua


Assalamualaikum wbt

Komputer dalam pendidikan merupakan subjek wajib fakulti pendidikan.Oleh itu,semua pelajar fakulti pendidikan perlu mengikuti kursus ini.Tujuan kursusu ini diajar kepada pelajar fakulti pendidikan adalah bagi memastikan bakal-bakal guru ini mengetahui ilmu komputer dengan lebih mendalam bagi memudahakan mereka untuk mengajar pada masa akan datang dengan teknologi yang semakain canggih

pada 22/9/2011,kelas pertama bagi kursus komputer dalam pendidika bermula.Kursus ini terbahagi kepada empat kumpulan @ kelas iaitu s1k1,s1k2,s1k3 dan s1k4.Setaip kelas diketuai oleh seorang pensyarah.Pada minggu pertama pembelajaran dalam kelas ini,saya dari kelas s1k3 yang diketuai oleh Dr. Siti Fatimah Binti Mohd Yassin merangkap sebagai penyelaras kursusu ini telah menerangkan mengenai struktur kursus pembelajaran.Selepas menerangkan tentang kursus ini,beliau telah memberikan tugasan pertama kepada semua pelajar dalam minggu ini.Tugasan yang dimaksudkan ialah kami dikehendaki mendaftar YAHOO MAIL,GMAIL,YAHOO GROUP,FACEBOOK,FACEBOOK GROUP,dan BLOG.

CARA-CARA UNTUK MENDAFTAR YAHOO MAIL dan GMAIL
Perkara pertama pelajar perlu lakukan untuk mendaftar YAHOO MAIL ialah pelajar perlu ke laman sesawang 'yahoo' seterusnya klik 'Sign Up'.Selepas itu,pelajar perlu mengikut arahan selanjutnya iaitu untuk mengisi maklumat diri bagi mengaktifkan akaun yahoo mail
Begitu juga dengan pendaftaran GMAIL,pelajar perlu ke sesawang google dan 'search' GMAIL seterusnya 'create an account' dan mengikut arahan seterusnya untuk mengisi maklumat diri.



CARA MENDAFTAR AKAUN FACEBOOK RASMI dan FACEBOOK GROUP

Didalam kursus ini juga,saya dikehendaki membuat akaun facebook rasmi.Hal ini adalah untuk memudahkan dan mendapat maklumat rasmi dalam urusan rasmi.Sebelum mendaftar akaun facebook,pelajar mestilah mempunyai akaun yahoo @ gmail.Untuk mendaftar akaun facebook ini,pelajar perlu ke laman Facebook dan 'sign up'.pelajar perlu memasukkan maklumat diri seperti nama,email,pasword,jantina, dan tarikh lahir

Bagi pendaftaran FACEBOOK GROUP pula,pelajar hanya perlu masuk ke dalam facebook rasmi sendiri.pelajar hendaklah mencipta satu 'group' dan seterusnya menambah rakan untuk menyertai facebook group pelajar.Tujuan pembukaan facebook group ini adalah menyampaikan sesuatu maklumat kepada ahli kumpulan dengan kadar yang segera tanpa pengetahuan orang awam.maklumat dalam facebook group ini hanya dapat diketahui oleh ahlinya sahaja.Disini,pelajar perlu memasukkan no.matrik,kelas kursus,nama dan program.

PENDAFTARAN BLOG
Selain itu,saya juga telah membuka satu laman blog.Untuk membuka blog juga perlu mempunyai akaun yahoo @ gmail.Saya sendiri telah mengunakan akaun Gmail untuk menghasilkan blog.Blog bertujuan untuk berkongsi cerita,ilmu dan sebagainya dengan orang ramai.Bukan itu sahaja,blog juga boleh dijadikan sebagai nota @ rujukan sesuatu bahan yang pernah dihasilkan.



seterusya...
Setelah selesai melaksanakan tugasan iaitu pendaftaran yahoo mail, yahoo group, facebook rasmi, facebook group,google account,dan blog tugasan pada minggu ini adalah berkaitan signature. kami diarahkan untuk membuat signature dari yahoo mail. Signature merupakan maklumat pengirim dimana setiap email yang dihantar secara rasmi akan disertakan signature ini. Antara maklumat yang dimasukkan dalam signature adalah nama, program, universiti, alamat yahoo mail, yahoo group, gmail, facebook, facebook group dan alamat blog.Hal ini dilakukan untuk memudahkan rakan dan coordinator dapat mengetahui perkembangan pembelajaran saya. Disini juga, satu perkongsian ilmu dapat dilakukan.

Pada minggu ini juga, Dr Siti Fatimah selaku pensyarah saya telah memperkenalkan kepada kami berkaitan database iaitu salah satu item yang terdapat didalam yahoo group. Di dalam database ini, kami dikehendaki mengisi maklumat individu seperti nama, nombor matrik, alamat email, kelas kursus, program dan nombor telefon. Segala pengisian maklumat ini adalah untuk pengetahuan pensyarah.