# http://library.albany.edu/subject/tutorials/education/index.html
# http://www.iiep.unesco.org/fileadmin/user_uploud/Cap_Dev_Training/Training_Materials/Quality/Qu_Mod1.pdf
# http://writing.colostate.edu/guides/research/survey/
# http://managementhelp.org/businessresearch/questionaires.htm
Ini adalah link-link berkaitan kajian ke atas penyelidikan pendidikan. Di ssini, terdapat bahan-bahan yang boleh dijadikan rujukan.
Disamping itu,kami juga perlu menerokai laman web kajian kesusasteraan (literature review). Laman web ini membantu saya cara bagaimana untuk menyediakan laporan. Berikut merupakan laman web kajian kesusasteraan:
1) http://lancashirecare.wordpress.com/2008/03/19/easy-steps-to-doing-a-litrature-review/
2) http://www.gwu.edu/~litrev/
3) http://www.writing.utoronto.ca/advice/specific-types-of-writing/literature-review
4) www.3metaku.com
Untuk melengkapkan tugasan, saya juga perlu mencari maklumat dalam bahan 'online' (online materials).Dalam laporan ini,saya perlu memasuki beberapa laman web untuk mendapatkan bahan seperti jurnal, artikel, dan buku. Bagi maklumat jurnal, laman web yang dikaji ialah http://www.ukm.my/library/ dan http://www.ezplib.ukm.my/login. Melalui laman web ini,saya dan pasangan (PAIR) iaitu Munirah Binti Sobri telah bersetuju untuk memilih dua (2) jurnal yang berjudul Web 2.0 and the impact of ict fuelled paticipatory culture in rural and remote education dan Developing a web 2.0-based system with user-authored content for community use and teacher education. Satu artikel daripada laman web http://scholar.google.com.my/ yang bertajuk What is web 2.0 ? Ideas, technologies and implications for education by Paul Anderson dan sebuah buku dari laman web http://books.google.com/ yang berjudul Educational reseach and innovation inspired by technology driven by pedagogy.
Setelah mendapat maklumat dari bahan-bahan ini, kami perlu membuat perbincangan melalui facebook. Pertukaran pendapat dan idea-idea diperolehi daripada perbincangan ini. Dalam tugasan minggu ini juga, saya perlu menerokai beberapa laman web yang menerangkan plagiarism iaitu penciplakan. Antara laman yang telah disediakan dalam perfoma ialah:
1) http://www.plagiarism.org/
2) http://guides.library.ualberta.ca/content.php?pid=62200&sid=457651
3) http://www.plagiarism.org/plag_article_how_do_i_cite_sources.html
Selesai segala penerokaan bahan-bahan melalui laman web, akhirnya satu laporan lengkap berkaitan web 2.0 dalam pendidikan dapat disiapkan. Berikut merupakan laporan saya untuk tugasan pada minggu ini.
WEB 2.0 DALAM PENDIDIKAN oleh: Nur Fatin Fakhriah Binti Othaman
Pengenalan
Perkembangan pesat teknologi dunia telah memberikan tamparan hebat kepada pemodenan sesebuah negara. Tidak dapat dinafikan, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menerima tembias perkembangan teknologi walaupun Malaysia merupakan sebuah negara dunia ketiga iaitu antara negara-negara yang sedang membangun berbanding negara yang telah berada dalam landasan kemajuan yang sebenar seperti Jepun. Salah satu kemajuan teknologiyang sedang rancak berkembang ialah teknologi web. Web telah diperkenalkan oleh Sir Tim Berner Le yang dimulakan dengan web 1.0. Web 1.0 lebih bersifat statik, berpusat dan yang lebih jelas web 1.0 ini diklasifikasikan sebagai web individu iaitu tidak terlalu meluas. Hal ini menyebabkan adanya kekurangan dalam teknologi web 1.0. Kekurangan sistem dalam teknologi web 1.0 telah mendorong Tim O’Reilly untuk menambahbaik sistem teknologi web 1.0 ini Oleh hal yang demikian, perkembangan teknologi web 1.0 telah mencetuskan teknologi web2.0 yang bersifat lebih dinamik, tersebar berasaskan perkhidmatan seperti yang ditafsirkan oleh Ajjan & Hartshorne (2008), Tim O’Reilly (2005). Teknologi web 2.0 ini telah diaplikasikan dalam negara Malaysia. Terdapat pelbagai bidang yang telah mengaplikasikan teknologi web 2.0 termasuklah bidang pendidikan. Pengaplikasikan teknologi web 2.0 dalam sistem pendidikan memberi impak yang besar terhadap pembangunan negara. Hal ini kerana, Kekuatan sesebuah negara bergantung kepada pendidkan negara itu sendiri. Pelbagai kemudahan atau faedah daripada pengaplikasian teknologi weeb 2.0 dalam pendidikan. Pengguna web 2.0 dalam pendidikan dapat menjimatkan masa seseorang pengajar dan pelajar.mereka hanya perlu berkomunikasi secara maya dan tidak perlu untuk bersemuka dalam menyiapkan tugasan. Di samping itu juga, pertukaran pandangan dan idea juga dapat dilakukan melalui teknologi web 2.0. Selain itu, pengajar dan pelajar boleh memuat naikkan segala nota kuliah, soalan tutorial, kuiz, bahan-bahan bacaan dan sebagainya. Penggunaan web 2.0 dalam pendidikan bukan sahaja di aplikasikan oleh penuntut institusi pengajian tinggi malah pelajr-pelajar sekolah rendah, menengah, maktab dan lain-lain turut mengaplikasikan web 2.0 ini dalam pendidikan. Sebagai contoh, web 2.0 dalam pendidikan yang digunakan adalah blog,video sharing (you tube), photo sharing (flicker), presentation sharing (slideshare.net) dan rangkaian sosial seperti facebook, twitter, myspace, dan lain-lain. Di UKM sendiri, web 2.0 dalam pendidikan telah di aplikasikan, antaranya ialah penggunaan SPIN Bangi diman sistem ini dapat memberikan faedah kepada pengajar dan pelajar. Mereka boleh mendapatkan segala nota-nota kuliah yang di muat naikkan oleh pensyarah, soalan-soalan tutorial, kuiz dan sebagainya. Walaubgaimanapun, penggunaan teknologi web 2.0 dalam sistem pendidikan bukan sahaja meninggalkan kesan positif terhadap pengguna, tetapi turut menyumbangkan kesan negatif terutamanya melalui rangkaian sosialyang cukup hebat pada masa ini iaitu Facebook. Hal ini terjadi kerana, ada sesetengah pihak menggunakan facebook ke arah komunikasi yang negatif. Lebih malang lagi, penggunaan facebook menyebabkan mereka tidak menyiapkan tugasan dan meninggalkan kerja-kerja mereka.
Kajian lepas
Sedikit sebanyak maklumat dapat diperolehi daripada laman web http://www.ukm.my/library/ ,dan http://www.ezplib.ukm.my/login mengenai jurnal yang bertajuk Developing a web 2.0-based system with user-authored content for community use and teacher education dan web 2.0 and the impact of ICT fuelled participatory culture in rural and remote education (spare keynote 2009 conference address) by NEIL ANDERSON. Laman web http://scholar.google.com.my/ dijadikan rujukan untuk artikel iaitu What is web 2.0 ? Ideas, technologies and implications for education by Paul Anderson. Manakala laman web http://books.goole.com/ dijadikan bahan rujukan untuk buku yang berjudul Educational reseach and innovation inspired by technology driven by pedagogy. Menurut Meloney (2007), web 2.0 bukan hanya digunakan untuk mendapatkan maklumat semata-mata tetapi untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam skop yang lebih luas melalui komunikasi. Terdapat perbezaan antara web 1.0 dengan web 2.0 diman web 1.0 lebih bersifat individu atau berpusat sedangkan web 2.0 lebih bersifat dinamik yang di gambarkan sebagai aplikasi internet kaloboratif yang baru. Bagi pendapat Tim O’reilly dan Medialive International pula menekankan bahawa web 2.0 merupakan sebuah platform bagi aplikasi dan mereka mendeskripsikan web 2.0 ini sebagai sebuah software. Berdasarkan jurnal bertajuk Developing a web 2.0-based system with user-authored content for community use and teacher education, maklumatyang diperolehi menyatakan bahawa golongan yang mahir perlulah mendedahkan kepentingan dan kelebihan mereka dalam mendorong usaha untuk menggunakan teknologi pembelajaran ini secara meluas.Hal ini merangsang perkembangan teknologi web 2.0. Dalam hal yang demikian juga, mereka perlu membimbing orang ramai akan cara penggunaan web 2.0 dalam pendidikan ini. Menurut jurnal web 2.0 and impactof ICT feulled participatory culture in rural and remote education dari laporan Horizon (2008) meramalkan bahawa organisasi pembelajaran akan mempunyai impak yang ketara dalam tempoh 1-5 tahun akan datang terhadap teknologi web 2.0 seperti Grassroots video, collaboration webs, Mobile broadband, Data mashups, collective inteligence and social operating system. Kemunculan ICT baru ini bergantung kepada rangkaian internet. Menurut artikel daripada scholar berkaitan web 2.0 dalam pendidikan, Bryan Alexander (2006) percaya bahawa blog dapat membantu pelajar dalam mengulas atau menulis. Blog juga memudahkan pelajar untuk mengingati segala pembelajaran yang telah dipelajari. Universiti di New York, wiki digunakan untuk mentafsir teks, rencana pengarang dan esai, berkongsi idea dann meningkatkan penyelidikan. Hal ini seharusnya juga dipraktikkan di negara kita bagi memastikkan teknologi web 2.0 ini digunakan dengan betul dalam konsep pembelajaran. Satu perkembangan positif yang dilakukan di Malaysia dimana keprihatinan kerajaan terhadap bidang pendidikan ini dalam menyumbangkan laptop kepada para pelajar sekolah secara percuma adalah salah satu langkah untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan ICT dan berteknologi. Berdasarkan program yang telah dijalankan ini seiring dengan apa yang pernah dilakukan dinegara luar seperti Australia. Menurut Anderson (2009), kewujudan projek One Laptop Per Child (OLPC) dapat meningkatkan penggunaan ICT.
Kesimpulan
Secara kasarnya dapat disimpulkan bahawa teknologi web 2.0 amat penting kepada dunia sekarang iaitu seiring dengan perkembangan dunia yang semakin rancak membangun. Tanpa penggunaan web 2.0 ini, saya yakin manusia zaman sekarang masih lagi berada di takuk pemikiran yang lama. Selain itu juga, Tanpa teknologi web 2.0 ini segal perhubungan atau komunikasi akan menjadi lebih sukar. Tidak dapat dinafikan lagi, melalui rujukan yang terdapat daripada jurnal, artikel, dan buku seperti yang dinyatakan diatas banyak memberikan petunjuk dan panduan untuk kita mengaplikasikan penggunaan teknologi web 2.0. Projek-projek yang dijalankan dinegara luar menurut laporan jurnal, artikel, dan bukuboleh dilakukan di Malaysia. Terdapat pelbagai kelebihan sekiranya kita mengaplikasikan penggunaan web 2.0 dalam kehidupan seharian. Pada pandangan saya sendiri, teknologi web 2.0 banyak menguntungkan pelbagai pihak termasuklah dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana, penggunaan web 2.0 dapat membantu meringankan segala tugasan harian kita. Tidak dapat dinafikan juga, kewujudan teknologi web 2.0 ini turut menyumbangkankesan buruk seperti peningkatan gejala sosial akibat dari penyebaran maklumat yang tidak bermoral melalui rangkaian sosial hasil cetusan teknologi web ini. Hal ini memberikan gambaran dan kesan buruk terhadap seseorang individu, masyarakat, dan negara kita. Walaubagaimanapun, saya yakin bahawa kesan buruk yang tersebar akibat daripada perkembangan teknologi web 2.0 ini dapat dibendung sekiranya individu, masyarakat dan negara sendiri mempunyai sikap bertanggungjawab yang tinggi dalam penggunaan teknologi web 2.0 ini. Sikap positif seseorang akan mendorong perkembangan teknologi ini pada masa akan datang. Sejurus dengan pendidikan juga, golongan ini seharusnya memanfaatkan kemudahan teknologi ini agar masyaarakat akan datang lebih pandai dalam penggunaan teknolgi ict. Pelbagai kaedah dapat dilakukan untuk melahirkan pelajar- pelajar yang celik tentang IT, salah satu cara adalah dengan memastikan kerja-kerja yang dilakukan lebih menjurus kepada penggunaan komputer dalam pendidikan. Sehubungan dengan itu, tenaga pengajar terlebih dahulu mesti mempunyai ilmu berkaitan teknologi ini. Saya berharap, segala cadangan dan teknik-teknik untuk memperkembangkan penggunaan teknolgi yang dijalankan di luar negara dapat dipraktikkan dinegara Malaysia.
Laporan ini perlu ditulis melalui openoffice writer. Laporan ini juga telah saya masukkan ke dalam fail dokumen saya di Yahoo Group

Dalam minggu ini juga, saya telah memasukkan segala signature saya dan pasangan di dalam link yahoo group. Hal ini dilakukan untuk memudahkan saya dan pasangan mendapat alamat akaun kami.
LINK YAHOO GROUP
No comments:
Post a Comment