Wednesday, November 30, 2011

Minggu 9 dan 10

Assalamualiakum wbt

Agak lama rasanya tidak mengupdate blog ini,tetapi ini bukan bermakna saya tidak menyiapkan tugasan cuma tidak mempunyai ruang untuk menulis blog. Walaubagaimanapun, setiap assigment yang diterima berjaya disiapkan.
Pada minggu ke-9 dan ke-10 ini, tugasan yang diterima adalah berkaitan MULTIMEDIA IN EDUCATION. Melalui tugasan ini, saya perlu menerokai apakah itu BITMAP dan VEKTOR. Selain itu, saya juga dikehendaki menyiapkan satu brochures dan satu booklet hasil dari pembelajaran mengenai BITMAP dan VEKTOR
Ok..Berdasarkan kepada penerokaan berkaitan tajuk multimedia in education ini, saya dapati terdapat perbezaan antara BITMAP dengan VEKTOR


BITMAP
-Bitmap ialah kumpulan bit yang membentuk sebuah gambar
-Gambar hasil bitmap memiliki kandungan satuan-satuan titik dan mempunyai warna masing-masing
-Bitmap merupakan hasil scan gambar melalui komputer
-Semakin banyak jumlah pixel @ objek grafik yang tersusun @ satuan-satuan titik semakin halus dan realistik gambar yang dapat dihasilkan
-Bitmap dapat memuatkan informasi dengan pelbagai warna
-Memiliki resolusi yang tetap dan tidak boleh diperbesarkan
-Memiliki imej yang lebih besar
-Sekiranya gambar melalui program bitmap diperbesarkan, gambar tersebut akan menjadi pecah sehingga menjejaskan gambar yang dihasilkan.
-Merujuk kepada namanya BIT merupakan unit terkecil dari informasi komputer

Jenis gambar BITMAP
1) Line-art
=> Terdiri daripada 2 warna iaitu hitam dan putih
=> komputer mengunakan 1 bit
=> hitam digunakan untuk membentuk gambar, putih adalah untuk latar
=> pengunaan warna adalah untuk membezakan pixel masing-masing

2) Grayscale Images
=> Terdiri daripada pelbagai warna abu-abu untuk menghasilkan warna hitam
dan warna putih

3) Multitones
=> Mempunyai 2 warna atau lebih
=> Digunakan untuk duotones

4) Full colour images
=> Gambar yang memiliki warna yang lebih realistik
=> Informasi warna dijelaskan dengan standard warna seperti RGB, CMYK @ Lab

Aplikasi Data/gambar Bitmap

1) BMP
+ Format file yang terbatas
+ Tidak sesuai untuk pencetakan

2) EPS
+ Format file yang fleksibel
+ Dapat mengisi gambar Bitmap dan Vektor

3) PICT
+ Format file yang dapat mengisi gambar Bitmap dan Vektor
+ Hanya digunakan oleh komputer Macintosh
+ tidak sesuai untuk pencetakan

4) TIFF
+ Format file yang palling popular
+ Sesuai untuk pencetakan

5) JPEG (Joint Photographic Expects Group )
+ Digunakan untuk grafik @ gambar di Internet
+ Memiliki tingkat ketajaman resolusi
+ Gambar yang dapat mempengaruhi bobot file
+ Format file yang disokong oleh World Wide Web (WWW)

6) GIF
+ Digunakan untuk grafik-grafik di internet
+ Merupakan data jenis 2D
+ Terdapat 2 versi iaitu 87A dan 89A
+ Disokong oleh World Wide Web (WWW)


VEKTOR

-Sekumpulan objek yang membentuk garis @ bentuk tertentu
-Menggunakan definisi matematik
-Boleh diisi warna dan memiliki resolusi bebas
-Boleh diperbesarkan dan tidak akan hilang ketajaman resolusi
-Tersimpan dalam bentuk data geometri yang terdiri daripada sejumlah titik dan garis @ kurva yang menghubungan
-Sangat veleksibel
-Dapat dimanipulasikan dengan mudah
-Satu metode yang dapat menciptakan hasil yang terbaik
-Memiliki bobot file yang lebih kecil berbanding gambar bitmap
-Hanya diisi data mengenai bezier curves yang membentuk gambar
-File EPS sering digunakan
-Dimensi gambar vektor dapat diubah tanpa mengurangi kualiti gambar
-Digunakan untuk membuat logo, peta, @ objek-objek yang membolehkan perubahan skala


Jenis-jenis data vektor

1) dwg (AutoCAD)
2) dxf (powerSHAPE & AutoCAD)
3) ai (Adobe Illustrator)
4) fh (Macromedia Freehand)
5) cdv (covelDraw)
6) wmf (Windows Meta File)
7) eps (Encapsulated PostScript)
8) cgm (computer Grafik Metafile

Aplikasi Data/gambar vektor

1) EPS
+ Format file yang paling popular untuk menyimpan gambar
+ Turut digunakan dalam data bitmap

2) PDF
+ Format file yang pernah serbaguna
+ Dapat mengisi semua jenis data termasuk halaman yang lengkap

3) PICT
+ Turut digunakan oleh data bitmap
+ Hanya dapat digunakan oleh komputer Macintosh

Selepas selesai menerokai data bitmap dan data vektor ini, tugasan seterusnya adalah untuk menghasilkan brochures dan booklet. Langkah untuk menghasilkan brochures dan booklet adalah seperti :

BROCHURES

* Menggunakan microsoft office publisher
* Klik pada popular publication types
* Pilih brochures
* Pilih designs yang terdapat dalam program microsoft office publisher
* Berikut merupakan gambar langkah untuk menghasilkan brochures



Setelah memilih design brochures yang terdapat dalam design brochures, saya perlu mengedit semula design tersebut dengan cita rasa saya dan pasangan kerja iaitu Munirah Binti Sobri. Dalam brochures tersebut, kami dikehendaki memasukkan maklumat berkaitan tajuk tugasan awal kami iaitu WEB 2.0 DALAM PENDIDIKAN untuk menyiapkan brochures ini. Kami mendapat idea dan kata sepakat untuk menjadikan brochures kami seperti pemplete jemputan ke seminar mengenai pendedahan web 2.0 dalam pendidikan.
Segala kandungan yang terdapat didalam brochures ini diperolehi daripada tugasan pertama kumpulan kami iaitu mengenai Learning Management System (LMS)sebagai rujukan untuk mendapatkan idea- idea yang terkandung dalam brochures. Melalui penerokaan tentang tajuk BITMAP dan VEKTOR, segala pengeditan dalam menghasilkan brochures menjadi sedikit mudah. Setelah berbincang dengan pasangan kerja, kami telah mengcorakkan brochures kami dengan isi kandungan yang merujuk kepada tugasan pertama kami.
Berikut merupakan hasil brochures yang dapat disiapkan oleh saya dan pasangan kerja







Setelah selesai menyiapkan brochures iaitu tugasan 6a, kami dikehendaki pula menyiapkan tugasan 6b iaitu menhasilkan booklet. Langkah untuk menghasilkan booklet adalah:

Langkah menghasilkan booklet







Booklet
+ Menggunakan microsoft word
+ Page layout -> page setup
+ Orientation => landscape
+ Page => Book fold
+ Sheets per booklet => 8
+ Klik insert untuk pilih cover page


Contoh booklet



Segala kandungan yang terdapat dalam booklet diperolehi daripada hasil kajian kami mengenai borang kaji selidik iaitu tugasan minggu ke-6.Setelah segala nya selesai, kami masukkan ke dalam yahoo group dan google doc.

No comments:

Post a Comment