Minggu ini merupakan minggu ke-2 sebelum berakhirnya sesi pembelajaran untuk semestar pertama bagi tahun 2011/2012. Tugasan yang diberikan semakin mencabar. Pada minggu ini, tugasan kami ialah mengenai 'spreadsheet'. Melalui pembelajaran mengenai spreadsheet ini, dua tugasan perlu disiapkan iaitu :
+ Belanjawan peribadi 2012
+ Pengiraan markah pelajar
Langkah untuk membuat belajawan adalah seperti berikut
1) Menggunakan open office.org calc
2) Masukkan item seperti tarikh, makanan, pakaian, pengangkutan, komunikasi, akademik, kesihatan, jumlah belanja, baki bulan lepas, elaun, jumlah masuk dan baki

3) Masukkan tarikh bulan belanjawan di kolum sebelah kiri (dilakukan sehingga ke akhir tahun-12 bulan. Rename setiap sheet kepada setiap bulan
4) Masukkan segala nilai belanjawan dalam kotak mengikut item masing-masing

5) Formula setiap pengiraan bagi jumlah belanja, baki bulan lepas, elaun, jumlah masuk dan baki perlu dimasukkan
Contoh formula adalah seperti:

6) Pengiraan belanjawan untuk bulan seterusnya hanya perlu copy dan paste dari bulan sebelumnya dan mengedit sedikit nilai belanjawan tersebut. Hal ini dapat menyenangkan kami menyelesaikan tugasan.
Pengiraan Markah Pelajar
Pengiraan markah pelajar amat penting kepada semua guru untuk merekodkan maklumat akademik pelajar.
Langkah untuk pengiraan markah pelajar:
1) Menggunakan microsoft excel
2) Masukkan nama pelajar dan mata pelajaran
3) Masukkan markah pelajar bagi setiap mata pelajaran

4) Untuk masukkan gred pelajar
+ Formula -> define name markah + gred pelajar
+ Masukkan formula =fxvlookup

5) Pengiraan Matapelajaran
+ Purata -> =AVERAGE-> tarik kolum markah sampai akhir dan klik 'enter'
+ sisipan piawaian -> =STDEV -> tarik kolum markah sampai akhir dan klik 'enter'
+ Markah minimun -> =MIN -> tarik kolum markah sampai akhir dan klik 'enter'
+ Markah maximun -> =MAX -> tarik kolum markah sampai akhir dan klik 'enter'
Contoh gambar

6) Pengiraan Gred untuk setiap matapelajarn
+ Masukkan gred dan matapelajaran
+ Klik '=countif' pada kotak matapelajatan yang perlu dimasukkan gred
+ Tarik kolum gred pelajar dari atas hinnga bawah mengikut setiap subjek
+ Masukkan ',' pada formula
+ klik pada kotak gred
+ tekan enter
contoh gambar Gred

7) Langkah untuk menghasilkan graf gred pelajar
+ Highlight keseluruhan jadual gred pelajar
+ Klik insert -> column -> pilih design

Contoh graf yang dihasilkan
No comments:
Post a Comment