Wednesday, October 12, 2011

Minggu ke-2



Setelah selesai melaksanakan tugasan berkaitan pendaftaran yahoo mail, yahoo group, facebook rasmi, facebook group,google account,dan blog tugasan pada minggu ini adalah berkaitan signature. kami diarahkan untuk membuat signature dari yahoo mail. Signature merupakan maklumat pengirim dimana setiap email yang dihantar secara rasmi akan disertakan signature ini. Antara maklumat yang dimasukkan dalam signature adalah nama, program, universiti, alamat yahoo mail, yahoo group, gmail, facebook, facebook group dan alamat blog.Hal ini dilakukan untuk memudahkan rakan dan coordinator dapat mengetahui perkembangan pembelajaran saya. Disini juga, satu perkongsian ilmu dapat dilakukan.
Pada minggu ini juga , saya juga telah diberi tugasan untuk mengisi maklumat individu dalam database group ge1155-2011. Dalam student information pelajar perlu memasukkan nama kumpulan, nombor matrik, nama mengikut nombor kad pengenalan, alamat gmail, alamat yahoo, email tidak rasmi, alamat yahoo group, blog, facebook group, dan nombor telefon. Segala maklumat ini dijadikan rujukan oleh pensyarah untuk memantau tugasan setiap pelajar. Dalam database group ge1155-2011 ini juga pelajar perlu memasukkan maklumat individu dan pasangan. Disini juga pelajar perlu meletakkan tajuk tugasan mereka. Dalam tugasan pertama, pasangan saya ialah Munirah Binti Sobri dan tajuk tugasan kami ialah Web 2.0 In Education.

No comments:

Post a Comment